Powered by Blogger.

Cap Penyapu Lidi atau Vacuum Cleaner?

One, two, three!

Keriukkkk. Begitu sekali bunyi pintu rumah apabila dibuka. Ali balik dari kerja. Penat.

"Aaahhh...apa ulat-ulat ni? Kotoq gilak! Eee..kotttoq ar, busuk kottt". Ali toleh kepalanya ke kiri sedikit, tapi mata memandang corak timbul-timbul pada pinggan mangkuk di dapur, bukan satu bukan dua...dan sampah di dalam tong sampah yang...dah berapa minggu terbiar. Sampah kering dan sampah basah bercampur. Adeh.

"Aaahhh...hitam gilerrr kipas kat siling. Habuk tahun ke berapa ni?". Ali tengok pula kipas di rumahnya, ada dua unit. Kipas di ruang tamu dan tingkat dua. Habuk ketul-ketul kecik berteraburan di lantai, dah macam ulat gon-gok luar nikah di'abai'kan. Kipas tak pusing tuh. Kalau pusing? Ermm. The Giant Gon-Gok akan menjelma la kot. Eeee.

"Aaahhh..bercapok lantai ni. Melekittt laaaa." Kekotoran di lantai dapur dan lantai beranda tingkat dua membuatkan Ali menjerit kali ke tiga. Aku tak tau lepas ni dia akan jerit sebab apa pula.

bujang ramai yang camni? eheh. watch the video : here


"Aaaa....aku tak tahan!!!"

Apa lagi mamat nih! Banyaknya kau tak puas hati?

"Weh, dah-dah. Jom jom, kita kena gotong royong nih. Aku rasa aku masuk rumah tadi, bukannya kandang". Syukur, seruan yang tak memekikkan telinga...tapi harapnya, biaq hati cap lada boh siapa-siapa terasa? Jelir lidah, nga-nga depan kipas. Feh.

Ali keluar ke laman rumah lalu, "Aaaaa....tension aku! Kat luar pun bersepah dengan sampah!".

Ali diam, full stop. Dia terus capai apa-apa barang, untuk selesakan matanya. Full stop lagi sekali.


Penyapu VS Vacuum Cleaner

Shew...shew...shew... 3 kali penyapu lidi dihayunkan di sudut ruang tamu. Sunyi saja, tapi habuk gila. Shew lagi, dan lagi. Habuk hilang. Leman bukan main, guna vacuum cleaner cap LG yang dia bawa dari rumah mak ayah. Bising, tapi habuk entah mana. Ada cap lain lagi, Panasonic, Electrofast, Sharp, Ogawa, tapi itu semua milik kedai basuh kereta sebelah rumah. Eheh.

"Apa kau buat tu, aku nampak habuk lagi tu. Kau ni sedut ke tak ha?"
Kau nampak kan aku halakan host ni kat situ tadi? Leman tak sengaja buat duck-face jantan.

"Memanglah, aku nampak. Tapi cara kau cucuh filter tu tak betul."
Leman kerut dahi. Tak puas hati. "Ye Henche', bagaimana cara yang super-duper-betul wallaweh ha?

Sekarang ko nak vacuum lantai mozek, so tak yah pakai yang bulu-bulu ni. Ni untuk karpet. Bulu-bulu karpet kan jarak-jarak, so bulu filter ni akan tarik habuk kat celah-celah tu. Pakai yang biasa je. Ali tekan simbol 'without brush'.

Apabila nak sedut habuk pada laluan yang agak panjang, filter kena agak rapat pada lantai, baru wujud kawasan bertekanan rendah disebabkan angin yang berhalaju tinggi. Kalau pada satu spot saja, maka rapatkan terus. Ko tak ingat Bernoulli Principle?

Pffft. Sampai ke situ kau explain??? Gilerrr genius. Ko bukan dapat C selalu masa Physics form 5 dulu? Aku dapat A rasanya.
"Otak kau kecik sikit dari aku kot. Faham cepat, pastu lupa. Otak aku, besar sikit. Faham lambat, tapi ingat lama. Hoho....."

Pelepapppp! "Adoi! Sakit la der. Apsal kau perhambat penyapu kat aku haaa?"
Selamba kau je cakap camtu. Jaga ah sikit mulut tuh.

"Boleh! Kalau kau jaga kebersihan macam yang aku nak! Haha!"

Apa kejadahnya penyapu dan vacuum ni?


"Kau nak tahu tak something tak?"
Apa? Muscle kau lagi tough dari aku sebab kau selalu guna penyapu?

"Nak aku ngaku ke? Lain kali lah, bukan tu lah. Ko rasa kenapa kita bersihkan rumah harini ar?"
Ok fine. My bad, aku tak jaga rumah betul-betul, aku sibuk jumpa circle aku kat luar, bukan satu tapi empat, bukan dekat tapi jauh, bukan tak mahu tapi mahu! Tapi, balik rumah je aku penat.

"Facebook? Tak penat lak? Movie? Tak layu lak? Main DOTA? Sanggup cekang mata?"
Bro, itulah aktiviti yang paling minimum menggunakan tenaga kalau nak rehat. Duduk, dan biarkan jari-jemari menari di atas keyboard RAZOR...selepas membaca quran. Eheh. Live your life. Feh, memang lepak.

"Leman..."

Krik krik, krik krik. (Saya tak tau macam mana bunyi angin bertiup, cengkerik ok la kot)

"Kalau kita betul bencikan kejahilan kat luar sana, dan kita ikut buat kerja-kerja dakwah macam yang kau cakap tadi tu...untuk 'bersihkan' masyarakat, tunjukkan siapa sebenarnya mereka, kenapa kita tak nampak kekotoran yang dekat ni?"

source: wangiiiii

"Kau tak rasa ke, orang yang ikhlas buat kerja-kerja 'mengislahkan' kekotoran di luar sana tu, yang jauh dari mata tu, juga akan 'mengislahkan' apa yang lebih dekat dengan diri dia? Apatah lagi, kekotoran yang ada...dalam hati dia?"

"Kau tidur??? Aku hangguk kang!"
Eheh. Tak tak. Saja. Aku dengar, ana fahimtu. Uttuhu ru shotrul iman. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Hadith ke 23 daripada kitab 40 Imam An-Nawawi. Aku baru ingat. Tapi...aku tak tau kenapa aku tak dapat apply...

"Kau nak aku sekeh kepala kau? When I love something, I need to share it, I need to ensure that other Muslim will feels the same. Aku suka bersih, jadi aku pun nak kau rasakan nikmat bersih ni. A mu'min, is a mirror to other mu'min. That's why we have to live as a jama'ah so that we can remind each other. Kau salah, aku betulkan. Aku salah, kau betulkan. Is it bro?"

Aku rasa, jawapan kau memang kacak. Jazakallah khair. Aku belanja kau.
"Wooo. boleh, tapi lepas siap kemas ah! Penyapu ka, vacuum ka, kalau tak reti guna, kotor jugak! Guna je mana-mana, ikut suka ang. Slow ka, perlahan ka, janji kotor hilang! Kalau tidak aku memang sekeh kau!"

p.s: Senyum. Mungkin situasi realiti di mana-mana. Gelaklah, tapi jangan lupa sampaikan mesej. Moga Allah redha.

p.s.s: 

عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري قال: قال رسول الله : (( الطهور شطر الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)


ayen =D  – (December 11, 2014 at 3:07 AM)  

interesting approach! keep writing!

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP