Powered by Blogger.

Langit Gombak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tap tap tup, sebulan lebih berlalu. Rasa macam sesaat. Ingat tak salah satu hadith tentang akhir zaman?

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
(H.R.Termizi )


Bulatan kampung pandan kini bukan lagi bulatan, tapi macam nombor lapan.
Tiket LRT dah tak jadi tiket lak, tapi jadi token..KL monorail tiket lagi.
Tengok kereta kura-kura, teringat lak kereta Savvy 2 orang mamat nuh.
Tengok kenari, teringat kenari sana.
Tengok muka housemate nama Poknik banyak kali, macam gabungan Salman Jaafar dan Wan Hafiz.
Tengok Batu Caves, dah besaq na patung simen berwarna emas.

Sempat lak aku borak-borak dengan seorang muallaf yang katanya nak gi belajar agama kat Kedah. Huh?  tak gi Hidayah Centre je? Ermm, dah dapat contact phone dia, moga urusan aku dengan dia dipermudahkan. Teringat Program Sharing Islam with UTM, targetnya hujung semester.

Aih, dah jauh-jauh baru rasa macam ‘nak’ isytihar kat mulut ni. Aku rindu la...aaa. Dekat-dekat takde pula nak habaq apa-apa. Bila dah jauh baru nak kenang-kenang, awat tak kenang bila dekat-dekat? Manusia lambat nak sedar yang dia ada orang berdekatan, bila dah berjauhan je baru cepat nak sedar. Maknanya, berjauhan tu bagus diamalkan? Haha.

“Eh, aku rasa rindu kat kau la?”.
“Apahal kau? Baru 2 jam lepas kau makan dengan aku kot. Baru 48 jam lepas kau hantar aku balik.”

Haa! Emm, hidup perlu diteruskan jugak. Puasa sunat hari khamis, saja test power badan ni. Hamik kau, nikmat mulut yang berbau kasturi nih asyik rasa macam nak sumbat air limau ais! Peh peh peh.  Serius penat. Visor motor gelap membolehkan aku buat macam-macam ekspressi bai buat. O_o. I just wondering, how para sahabah berperang dalam bulan puasa!

Ulang alik ke rawang ambil masa dalam setengah jam, buat persediaan testing untuk customer. Setakat ni, balik dari kerja je memang tak mandi lagi, lepak-lepak kat masjid Zakaria batu 8, lepas isyak baru mandi.
I think i love my job, sebab dari dulu aku nak kerja yang banyak jalan-jalan. Alhamdulillah. But please don’t forget that you are still in probation period bro. Dan kerja nih bukannya sampai jadi matlamat hidup aku lak. Macam kahwin, opsss.

You know what? Boleh kata hidup ni memang busy. Terpulang pada kita bagaimana nak menguruskannya. Wallahu’alam, sejak dua menjak ni, aku sangat perlukan tenaga yang datangnya dari solat. Selama ni macam, macam, macam...tak tercapai objektif solat. Syeikh Al-Maghamsi kata,” janganlah ditunaikan ibadah tu semata-mata untuk menyelesaikannya, tapi sebagai cara untuk merapatkan diri kepada Allah”. Touching, serius terharu tengok video (click link ni) syeikh tu.

Hubungan sahabat dengan solat sangat-sangat menakjubkan. It is no wonder when there are ikhwah who are able to attend any program quite late, because we always delay our meeting with Allah. Besi karat, dah lama melekat. Kotor-kotor kat mangkuk, dah lama melekat. Takde feel pape pun nak buang kan? “Lek lu”

“Jangan tinggal usrah tau”. InshaAllah!
"Be strong brother!". InshaAllah!
“Borang BM tu, kalau nak submit kat kawasan Gombak ni pun boleh, terpulang kat enta”. InshaAllah!

InshaAllah sepatutnya, dalam keadaan kita dah ADA keputusan nak buat apa dan dalam harapan bergantung pada Allah. Bukannya, tak confirm lagi + bajet nak nampak islamik. Huh? We should be in the best condition of intention and efforts in order to make it, bukannya usaha kecil-kecilan yang tak seberapa.

Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah" ...

(Surah Al-Kahfi, 23-24)


Kita boleh rasa, sama ada orang tu sebut ‘inshaAllah’ untuk betul-betul tunaikan atau main-main. In the end of the day, it is not a reason to scold someone who are not able to make his words. Jadi, inshaAllah! I’ll try to be a better person to help other person become better too.

source: thinkislam.tumblr

Read more...

ZAUJAH (Part II)


STOP LISTENING TO HEAR SAY

Kita selalu kata,“Ko dah kahwin eh? Tahniah!”. Sedangkan kita nak maksudkan,“Waa..dah macam suami isteri la korang, nikah dah?”.BELUM. Biasakan berkata ‘nikah’ untuk halal couple, sebab dengan nikah aje baru boleh hidup macam orang kahwin.

Kita selalu kata,”Tahniah, dah nikah dah korang”. Sedangkan yang sunnahnya, “Barakallahu lakuma wajama’a bainakuma fi khair”. Yang ang pi hafal lagu maher zain saja-saja buat apa? Doa yang disyorkan Nabi Muhammad SAW tuh. Praktiskan! Kemudian nak cakap tahniah, silakan~

Kita selalu kata,“Mantap ar dia, kahwin awal”. Sedangkan kita tak tanya pun kenapa dia kahwin awal. Kita tak kisah pun nak amik tau, sebab takut kena cop ‘jaga tepi kain orang’. Brother, bukan tanya direct terus...lagi-lagi kalau tak rapat. Bawakkan mukadimah bicara dulu, apa kaba, bla bla..basic kot.

Kita selalu kata,“Peh, kahwin awal, takde life langsung”. Sedang kita tak tahu makna life sebenar. Our life is twice, our death is also twice. Mati pertama, semasa kita tak lahir lagi. Hidup yang pertama, semasa kita lahir ke dunia ni. Mati yang kedua, bila mana kita ditanam dalam kubur nanti. Hidup yang kedua yang abadi, apabila kita dibangkitkan nanti. “Hidup cuma sekali, enjoy!!”. Itu takde agama.



source: kebun hidayah

Kita selalu kata,“Fuh, mak bapak tolong, boleh la”. Sedang kita tak tahu ada pasangan baru nikah tu terima zakat ye kawan-kawan. Rasa hina sangat ke rasa tak mampu? Engkau ada Allah Yang Maha Kaya. Patut rasa double hina, dah ar dua-dua asal dari air yang hina, buat perkara hina lagi. Huh. Anak zina? Triple hina. Tapi tahu tak? Pintu taubat tu, sangat-sangat luas. Taubat la...

Kita selalu kata,”Ada ar tu tak kena, silap-silap buat kotor”. Sedang kita tak tahu perkara sebenarnya. Mulut, mencerminkan apa yang ada di hati. Baik perkataan, baik la hatinya.

Kita selalu kata,”Aku tak kuat lagi ar..”. Sedang kita tak tahu kekuatan kita apa sebenarnya, asyik-asyik nak fikir diri lemah. Usaha masih kosong, dah fikir macam-macam keputusan itu ini. Macam mana kalau ni? Macam mana kalau tu? Aaa. Find your strength!

Kita selalu kata,”Kahwin dengan dia tuh bayar 5ribu je, nikah dulu, walimahnya kemudian”. Nak kata murah? Katalah murah pun, dia dah akad, dah halal. Kau je yang tak akad-akad lagi. Anda patut jealous sebab walaupun ia murah, tapi ia susah nak dapat. Perkara yang susah nak dapat, sepatutnya mahal la kan?


START LISTENING TO YOUR HEART.


Kalau tak ready lagi, bersiap sekarang. Kalau rasa dah ready, teruskan proses seterusnya. Bukannya skip akad terus kahwin. LOL. Kalau taknak lagi, banyakkan dengar ceramah.Kalau nak, cari orang tengah yang alim dan dipercayai untuk pilihkan. Isi borang pun ada.

Kalau buat semua ni sebab nak kisah diri yang indah semasa berkahwin ni disebut-sebut orang, check balik hati tu. Tak kisah ar berBM atau tak pun. Kalau buat semua ni sebab mak ayah suruh, terseksa hati tuh nanti.Kalau buat semua ni sebab kawan-kawan semua dah, kita je belum, double check hati tu.

Stop listening to hear say, start listening to your own heart. Ikhlas ada atau tak? Lagi satu, ikhlas tu antara kita dengan Allah subhanahu wa ta’ala. Sebelum nak cakap, “InshaAllah, saya ikhlas untuk pinang anak mak cik”, bermunajat pada Allah dulu. Minta dari Dia supaya hati tu ikhlas buat semua ni kerana Allah. Hati ni mudah dibolak-balik, hati-hati dengan hati. Bergantunglah pada yang tidak mati.

Bila mana mata kita masih 'rambang mata'...kita masih belum ikhlas.
Bila mana hati kata sekejap si dia, sekejap si itu ini...kita masih belum ikhlas.
Bila mana kita mula banding-bandingkan si dia dengan si dini...kita masih belum ikhlas.
Nak tak nak, walaupun kita bandingkan perkara-perkara kebaikan, salah satu pihak akan 'ternampak' kekurangannya? Takpe, nak yang terbaik?
Tang trang tang...kita 'ternampak' kelemahan si dia...masih boleh untuk ikhlas?

Ikhlas bila ada? Mana aku tau. Sendiri ar rasa.
Yang pasti, takde game 'hesitation' dari syaitan.
Bulat hati untuk tanggung segalanya kerana Allah!

Ikhlas, cop cepat-cepat, tanya, ta’aruf, tunang, akad, walimah.
Mudah kan? Selalu nampak nih kan?

Jaga isteri time mengandung, nanti ada anak kena tatang, tanggungjawab sebagai ketua, nafkah, tambah lagi satu keluarga, MAINTAIN kebahagiaan, jaga ahli keluarga supaya tak jadi ahli neraka, jaga halal haram untuk suapkan makanan...fuh, serius banyak la. Seboleh-bolehnya, jadikan keluarga kita nanti keluarga dakwah.
Susahkan? Jarang nampak nih kan? Kesusahan yang bakal diganjari syurga. Subhanallah.

Ok, baru tersedar artikel ni panjang sangat. Haha. Cerita anak Ibu Lin tadi? Happy ending? InshaAllah, happy ending hanya di syurga, bukan kat dunia. Mereka bernikah dah. Selepas 2 3 hari stay di rumah perempuan itu, lelaki itu bulat hati. Nikah! Kita je belum lagi. Hoho. Cerita lebat macam dah kahwin. Nih namanya cerita daripada pengalaman. (^^,)

Cuba fikir. Kita nih masih macam haiwan kalau kita anggap kahwin ni sekadar memuaskan nafsu, nak ada pasangan, beri makanan, bagi perlindungan, dapatkan anak, dan proses ni bakal diteruskan oleh anak-anak yang membesar nanti. Scopes of marriage only cover that area. Apa bezanya dok?

Kata manusia ada akal, tang mana beza kita dengan haiwan kalau kita buat perkara yang sama macam haiwan buat? Walaupun caranya berbeza, tapi motifnya masih sama. Aih, jadi panjang lagi lak. Fikirkan. Ye.

Doa-doakan, kita semua IKHLAS LILLAHITA’ALA untuk buat semua ni. Amin ya rabbul ‘alamin.


(hentikanlah berdoa dengan menaip kat mana-mana, doa pada Allah yang betulnya.
Minta orang lain doakan?)

source: deviant art

Read more...

Zaujah (Part I)



Zaujah, atau nama lainnya adalah isteri.Haha, I’m so sorry because i’ll just straight forward.


“Will you marry me?”. Oh man! What did i do? I feel very embarassing! Kenapa aku taip macam tu?. Email is sent. Aku dengan sendirinya, bangun dan berdiri jauh dari komputer. Biar betul aku ni? Kemudian, aku dekatkan diri aku semula ke monitor. Allah....

“Mom, come and look at this email. What should i reply?”. Tergelak. Mana boleh percaya terus ni.
Mom was thinking and then she just said,”Ok. Camni. Taip macam ni...”. Aku menunggu, asyik-asyik buka inbox. Ah, takde respon lagi. After a few days, new email!. “Give me 10 reasons why should I marry you”. “Alamak. Tipikal betul. Susah ar gini, camne ni? Emmm...”.“I am really sorry. Honestly, I don’t have that 10 reasons. I just know that you are the right person for me. Can I meet your family?”

Fuh, very straight forward right? What is the ending for the story? Any lucky guess? Ini cerita betul.
Mereka tidak pernah berjumpa, tidak pernah kenal pun. Ibu Lin yang sampaikan cerita ni. Jazakillah khair. Serius, khusyuk benar kot aku time tu. Menjadi Khadijah abad 21, boleh pakai lagi ke? Most of the audiences are women, 2 rows of them while single row are guys. Tup tap, Mak Cik MC kata,”Menjadi Khadijah abad 21 bagi sisters, MENCARI Khadijah abad 21 bagi brothers”. (O_o).Wallahu’alam.


KEIKHLASAN BERAPA KILO?


Selama ini, aku mencari satu alat yang boleh sukat keikhlasan aku. Kenapa aku tercari-cari alat untuk sukat ikhlas berapa kilo? Entah, selama ini aku fikir benda tu boleh diukur. Tambah-tambah lagi aku budak engineering , semua nak adaKUANTITI.

Aku juga ada bertanya beberapa sahabat, “Awat enta kahwin ar? Camne enta tau yang enta dahready untuk berkeluarga? Apa yang buat enta nak kahwin ar?”. Soalan aku, macam entah apa-apa. Aku macam bosan dengan jawapan-jawapan dari artikel yang berteori. I think I need those answers, from those who had achieved it.

Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh ‘rasa’ jawapan yang betul...hoho. Hati. Bangun daripada kerusi, aku jalan sambil menundukkan kepala. “Mungkin sebab selama ni aku mendengar, membaca tanpa hati.” Malam tu, Ibu Lin berjaya lakot walaupun dia tak tahu soalan aku nih apa..hoho. You know what? Ikhlas bukannya berjisim, bukan berjirim yang boleh nampak, boleh dikira kemudian disukat. Ikhlas cuma antara dua, samada ada atau tidak.Chipsmore yang sekejap ada sekejap takde pun masih tak sama.

Masa ‘itu’ yang masih jahil, aku lebih merasakan simpati daripada ikhlas. I just felt that way. Masa ‘itu’ yang aku dah berubah pula, aku lebih merasakan takut, tak bersedia. Aku tak tau ‘ikhlas’ tu ada ke tak time tuh, walaupun aku tahu yang akan rugi sangat-sangat kalau aku tak sanggup terima. Afterr istikharah, bulat hati mengatakan... “Maaf, belum lagi”. Astaghfirullah!

Hampir semua orang nak ada pasangan, definitely including me.  Tapi, ada juga wanita yang menolak kehadiran lelaki dengan cara yang pelbagai jiwa. Ada yang sebab menyedekahkan diri mengabdikan diri kepada Allah, ada yang sebab mereka tak merasakan mereka perlukan lelaki sebab sekarang sperma pun ada jual, ada sebab mereka lebih perlukan golongan LGBT. Nauzubillah.

Melanggar fitrah, tidak memahami agama secara keseluruhan dan tidak mengikuti sunnah. Itu saja yang aku boleh rumuskan. Aku bukannya tempat rujuk, jadi...tanyalah yang pakar, yang angpa percaya. Kang aku habaq tanyalah ustaz, ang komen camni lak. “Ustaz pun tak boleh caya, banyak kelentong (tipu), lagu mana?”

Bersambung...

Read more...

Strategi ‘Bola Sepak ‘ Di Palestin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dulu kan, aku respect beberapa team, kalau EPL aku suka Liverpool. Tapi sekarang macam dah...emmm, emmm, emmm. Barcelona pun aku suka, most of their gameplay are awesome. Aku cuba untuk tidak meminati Manchester, haha..tapi ntah la..diorang main memang smart kot...(O_o)

Team Malaysia dulu aku langsung tak suka tengok, tapi sejak-sejak menang Piala Asia Suzuki hari tu, Fuh! Sorak gempita kat stadium punya la hebat! Dah macam tengok EPL la kot, dah seronok tengok diorang main. Sekarang tunggu pertemuan Team Malaysia dengan Jepang tuh! Tahniah-tahniah, harap-harap istiqamah.


Aku sempat tengok satu channel live nih, wartawan IKRAmedia bernama En. Hairozi ditugaskan menemuramah seorang ‘coach’ satu pasukan nih di Khanyounis (read:  خان يونس) Camp. Team mereka sangat-sangat hebat la sangat.

Satu perkara yang biasa rasanya untuk team-team yang aku suka tadi. Diorang menang macam-macam sebab la, bakat besar, strategi hebat, coach power, atau player itu sendiri. Tapi bila fokus bab kuantiti player, tiap team bilangan diorang sama je, tak 11, 10. Macam normal la kalau 10 lawan 9, yang 10 tuh menang. Atau pun, 11 lawan 10, tak pun paling teruk 9 lawan 9. Yang agak tidak normal, 8 lwn 11 tapi yang 8 orang tu menang. Wow. Ratio kuantiti yang kecik . Huhu. Bilangan yang kecil mengalahkan bilangan yang besar?



INTERVIEW SESSION

Aku naik kagum dengan team yang ditemuramah oleh En.Hairozi tadi, mereka memang sentiasa sikit berbanding pasukan pelawat. Ratio pemain besar gila pun susah gak nak kalah. Aku pun tertanya-tanya juga sebenarnya. Aku ada gak ikut-ikut perkembangan team nih, memang pelik la. Team nih tak penah berlawan kat tempat musuh, musuh je yang datang tempat diorang. Kalau kita haritu, Malaysia main kat Singapura, kemudian kita lak datang ke Singapura. Tempat team nih best sangat kot, takde kat tempat lain. Team nih gak hampir berapa puluh tahun ntah main, SERIUS tak penah kalah. Meh kita ikuti temuramah nih.

“Bagaimana pasukan anda dapat bertahan? 1 team bola sepak ‘budak-budak kecik’ melawan team ‘budak-budak’ besar? Bagaimana budak kecik boleh menang?”

“Kami apabila bermain, kami sentiasa nak menang”
“Kami apabila bermain, sama-sama akan serang, tiada yang tercicir”
“Kami apabila bermain, sama-sama akan berundur”
“Kami apabila bermain, cari satu-satunya kelemahan musuh kemudian asak betul-betul”
“Kami apabila bermain, akan sentiasa balas jaringan”

Paling penting, kami ada penyokong dan penonton, penyokong kami masing-masing bukan melihat saja!


DISEBALIK TABIR INTERVIEW

Tadi adalah bahasa kiasan, yang ini maksud sebenarnya.

“Bagaimana Hamas yang sedikit ini bertahan? Gaza ini kecil, tapi bertahan sampai sekarang?”

“Kami apabila turun padang, kami nakkan syahid”
“Kami apabila turun padang, tak seorang pun tercicir”
“Kami apabila turun padang, kami sama-sama akan bertahan”
“Kami apabila turun padang, kami akan kenal pasti betul-betul kelemahan tentera zionis Israel dan asak betul-betul, serang habis-habisan”
“Kami akan sentiasa balas serangan mereka, kami sentiasa gerakkan pejuang-pejuang kami. Kalau kami kalah, sentiasa ada pengganti di belakang kami”

Paling penting, kami ada penonton dan penyokong yang memahami perjuangan kami...bukan melihat saja!

So, selama ini kita melihat perlawanan bola sepak untuk seronok-seronok, isi masa terluang menonton pasukan favourite masing-masing samada bersendiri, berkawan atau berkeluarga. Kita bersorak apabila gol dijaringkan, bersedih apabila gol bolos, ber’apa lagi’ apabila seri? Macam-macam la kita buat ulasan setaraf Dato’ Hasbullah Awang atau Martin Tyler. Hakikatnya, keseronokan menonton itu, cuma sementara. SEMENTARA bang.

Anak-anak dibiarkan dengan senang hati menonton sampai terngiang-ngiang nama Safee Sali, sampai terbiar waktu solat mereka, sebab ibu bapanya pun solatnya entah ke mana. Ditanya siapa itu Rasulallah s.a.w itu siapa, juga tidak tahu. Ibu ayah kecewa anak-anak tidak dipilih sebagai wakil bola sepak peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Berapa ramai saja yang kecewa anak-anak mereka tak pernah solat? Tak reti mengaji dan mengkaji Al-quran? Tak kenal Allah dan rasulNya?

Anak-anak di Khanyounis, Palestin sana merenung LAMA-LAMA beg sekolah yang dia dapat hasil sumbangan anda semua, bersyukur barangkali. Macam tak percaya,”Aku dapat beg sekolah akhirnya”. Anak-anak disini apabila merenung beg sekolah yang ayah mereka bagi, ini responnya. “Yang nih je ayah?”

Kalau kita CUMA fikir seronok dengan bola, maka berjayalah dunia menenggelamkan pemikiran anda supaya tidak fikir lebih sikit daripada biasa. Lupa yang hidup ini bukan untuk seronok sahaja. Tak salah pun tengok bola, cumanya...cumanya...cumanya...jangan tengok je tau! Try baca tentang islam, islam itu apa sebenarnya. Macam-macam la tentang islam pun.

Aku suka je, bola sepak Malaysia makin maju dan berjuang demi tanah air tercinta, tapi aku lebih menyokong perjuangan ‘pasukan’ Palestin bermati-matian demi agama kita semua. Sampai bila kita cuma akan bersorak dan terus bersorak? Ada kita kisah coach di sana dan pemain-pemain mereka di sana seperti Abu Faris Audah , Syeikh Ahmad Yasin dan lain-lain lagi?


Pesanan coach ini, iaitu Perdana Menteri Palestin, Ismail Hanieyh, untuk rakyat Malaysia, “Kami akan jaga bumi Anbiya ini”. PERCAYALAH. Teruskan sumbangan anda untuk pasukan ini. Allahu akbar!

Read more...

OUTing Tiba-Tiba

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Peace be upon you, bro and sis!

Yeay, Nazrul, Bakheet dan aku sempat beraya jalan-jalan jap di rumah Izhar, atok Naz, dan rumah pak cik. Alhamdulillah. Sia-sia bukanlah tujuan, inshaAllah ada beberapa pengajaran. Nak ajak ramai lagi, tapi berapa kerat je dah sampai kat johor.



Maghrib dah nak dekat, so kami bergegas ke masjid.
"Naz, jom solat kat masjid sultan abu bakar, tak penah gi lagi rasanya."
"ok". Dia senang nak respon, walaupun muka kadang-kadang macam masam. Tapi serius OK.
Tapi masuk-masuk, macam tak sedap lak baca sign board gini. Do you know why?


Kita tahu yang islam itu benar, antara hak dan batilnya terang. Kita tahu islam itu membawa sinar bukannya kegelapan. Kenapa kita 'takut' dengan kebenaran islam itu sendiri? Kenapa kita takut untuk sebarkan sinar islam dalam jiwa-jiwa yang gelap itu? Sedangkan Nabi S.A.W pernah membiarkan seorang arab Badwi menyelesaikan urusan 'membuang najis kecil' di dalam masjid, baginda sendiri cuci masjid itu walhal sahabat hendak aja membunuh si kafir itu? Ketakutan jenis apa yang masyarakat kita ada sampai membuat langkah 'pencegahan' tidak membenarkan bukan islam memasuki masjid?

Selepas masjid, kami ke tepi laut tengok-tengok jiran johor. Haa, kat sini macam-macam gak belajar dari Naz. Aku rasa excited kot, sebab ini first outing tak sengaja. Nak pi beraya, tapi kata "boleh ambil gambar gak nih". Yeay. Nak jual ke tak camera nih? Ciput-ciput pun, emmm.

 Planning nak buat jasad terpisah daripada roh, ingat mati sikit ar. Tapi tak jadi lak. Kena belajar lagi ni. Yang ni aku buat 5saat, 1st second berdiri belah kanan, kemudian sebelum 5 saat habis gerak ke kiri lak. Tapi SERIUS, bukan nih yang Bakheet nak. +_+


Gambar sebelum balik. Cahaya-cahaya banyak yang warnanya lebih kurang. "Gi KL la kalau nak kaler macam-macam". InshaAllah ^^,

Kalau kita sendiri suka tengok cahaya-cahaya menarik dan lawa kat dunia nih, dan share gambar-gambar menarik dengan kawan-kawan, korang tak terfikir ke nak share 'cahaya islam' dalam diri masing-masing dengan kawan-kawan lain gak? Kita kena fikir lebih sikit je, KENAPA. Bukan main ikut aje daripada kecik. "KENAPA aku islam, tak kristian? tak hindu?" Hah?

Sedar tak, ilmu akademik korang bertambah, tapi ilmu solat tak bertambah-tambah gak. Ada aku nampak, 3 orang remaja lari-lari anak nak join jemaah ngan imam tapi tak sempat. Alhamdulillah, ok la daripada tak datang ke surau langsung. Tapi aku sedikit kecewa lak pastu, tiga-tiga kawan tadi masuk saf terakhir, solat sorang-sorang. Erk?

Final question. "Kalau Allah itu ada, Tuhan itu ada, kenapa aku tak boleh nampak Dia?". Silap-silap, ada kot se dua student PhD or golongan professional tak tau nak jawab camne. Jawapan korang apa?

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP