Powered by Blogger.

Adik tanak buat ek? Ok...


Kerap kali kalau kita (actually, aku ye) ada sesuatu nasihat yang nak disampaikan kepada ahli keluarga akan terjadi sedikit terkasar atau tak berhemah jika dibandingkan dengan orang yang bukan dari keluarga sendiri. Aku rasa punca utamanya satu je kot..

Rapat mana kita dengan saudara, dan ahli keluarga kita?

Itu macam trend zaman sekarang lak. Guano style dulu-dulu boh? Style mana boh? Sementara aku masih kat terengganu ni, membujang di rumah orang yang baru je nikah. Yeay! Syaitan nangis lagi! Dan ada juga beberapa manusia masih lagi menangis dalam hati. Sheww. Angin tumpang lalu.

2 line terlari topik sekejap. Gini boh, kawe kecek kelate skek. Why did Rasulallah sallahu alaihi wassalam started the dakwah to his nearest relatives? Sebab Rasulallah rapat dengan mereka! Akhlak baginda seperti dalam Quran...nak dibandingkan dengan akhlak diri sendiri? Angin taufan lak menterbalikkan meja anda sekarang.

Ok. Tempoh hari kan raya. 'Its-show-time' mungkin monolog dalam hati anak dara masing-masing untuk beraya sambil-sambil buat muka yang tak make up tu depan cermin sorang-sorang. Jangan bayangkan orang yang anda kenal, pastu bukan muhrim. Harom!!!

Tutup dan buka, mana best?

“Adik, angah ada dua gula-gula. satu terbuka dah plastik balut dia, satu lagi tertutup.
Pastu terjatuh, adik nak ambil yang mana?”
Yang tertutup la (sambil buat muka nak tak nak menjawab). Kuman tak masuk lagi.

“Pastu lak, adik tengah shopping-shopping kat the store..nampak baju yang adik suka.
Adik try, pastu adik nak ambil yang mana?”
Yang baru la, takkan yang display tu. (sambil buat muka lagi tu diaaa). Orang nak tau size je.

Pastu dengan macam-macam lagi perumpaan test kereta, Queen Elizabeth la, apa-apa la. Apa yang membuatkan korang rasa depa akan faham terus? Sebab hujah best korang? Absolutely not. Allah ya muqallibal qulub, Allah yang pegang hati dia Bro. Next try?

“Ma, nanti pesan kat adik ek. Baju tu camne, tudung dia sekali, seluar dan lain.” Semangat tunjuk itu ini. Adik aku yang tengok tu jadi rimas. Mendengus. Mama pun tegur.

"Awak ni..cuba berlembut sikit dengan adik beradik boleh?"
Herrr...tak reti la ma, dah terbiasa kot. Tapi..ma pasan tak dengan adik?

"Adik dah besar...kenapanya?"
Memang la dah besar, dia tahu ke tak ar?


sometimes you need an emotional argument

"Awak ni..cuba berlembut sikit dengan adik beradik boleh?"
Herrr...tak reti la ma, dah terbiasa kot. Tapi..ma pasan tak dengan adik?

"Adik dah besar dah...kenapanya?"
Memang la dah besar, dia tahu ke tak ar?

"Tahu apa?"
Dia tau tak, dia sedar dia tu...cantik? Angah pun cair tengok dia. (Pffft). Ritu dia pakai baju kurung hijau tu, dengan tudung pashmina yang orang bagi tu...cantik kot.

Percaya atau tidak, aku tak pernah puji dia. kerek giler abang kau ni.

"Gelak je mama dengar. Mama rasa dia tak tahu kot."
Camne nak beritahu ar?

"Cakap je la dengan dia."
Segan lak rasanya. Takkan dia tak tau kot. tengok kat facebook dia tu, upload gambar-gambar dia, pastu kawan-kawan komen dia lagi..aduh, tak sanggup lak rasa. tak elok la...

"Mama bukan tau facebook tu mende, boleh tengok apa, boleh tau apa kat facebook tu?"
Tadi tu la, gambar posing..pastu kawan laki komen. Bila tanya, kawan kelas je manjang jawab. Kawan kelas pun, bukan mahram..harom.

"Mama puas dah cakap, tapi big boss tu pun senyap je. Asyik-asyik mama je yang tegur. Mama rasa kalau abah tegur tu confirm dia ikut."
Ma, taknak lak camtu..dia buat semua tu sebab ma suruh, sebab ma marah, sebab abah angah suruh...tak sedap la camtu. Allah yang minta kita buat semua tu macam dalam Quran (surah an-nur, ayat 30 dan 31)..

"Dah tu camne lagi?"
Errmmm....

Sampai saat ni, aku pun tak tau macam mana nak sampaikan dengan cara terbaik sekali. Terfikir, takkan aku nak pakai baju kurung dan tudung elok-elok pastu tunjuk depan dia? Aku lelaki kot. Lain la kalau ada ‘someone’ yang memang dah berpakaian camtu, borak-borak dengan dia…an an? Terfikir apa la tu. Geleng kepala.

In the end of the day, sebelum hantar dia balik ke hostel dia..aku akan make sure akan nasihat jugak kat dia masa salam peluk cium nanti. Ok! Muka semangat! Sampai kat rumah Cik Leha, punggah barang-barang semua…aku pun rapat ke dia. Salam, dia cium tangan aku, laga pipi gitu kiri kanan…

“Adik, all the best PMR. Nak btau sesuatu ni, selama ni angah tegur…bukannya nak marah-marah or buat benda buruk. Awak tu…cantik, angah takut ada orang kacau awak , sebab tu awak kena protect diri awak tu…dengan cara menutup aurat dengan elok…”

Dia takde feeling bila aku kata camtu. Huh!

Mana taknya…itu monolog diri aku sendiri. Huh huh!

sapphire  – (May 17, 2013 at 10:11 PM)  

After ni, ley praktice depan cermin k. Ngee

Btw: kene luah, then ur sis baru realize how much his brother concern for her. She will surely terharu!!

Just a sharing, might be useful for the future.

Sh. Nouman ali khan said that, one way to deliver the message to kids, or even better, to make them undertstand islam as it should be,

do not educate them, dont give any lecture, but just create the ultimate bond, eventually, the message will be send, deep in their heart, ilm into amal

You could view the video in Youtube title:Making the Most of Islamic Weekend Schools | Nouman Ali Khan

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP