Powered by Blogger.

Traffic Light No.1

Entry sebelum nih, traffic light jugak. Jadi, aku ada satu cerita. Cerita tentang seseorang yang dah jumpa traffic light yg betul beberapa bulan lepas. Baca lah ye. Moga Allah membalas jasa anda ini. :)


Ayah aku seorang hindu, mak pula Christian Protestan.Usually, there are days called Sunday Morning for kids to go to the Church, while Saturday Night for adults. Sejak tadika sampai sekolah menengah, sekolah cina sahaja persekitaran pembelajaran aku. Walaupun dibesarkan di kalangan pelbagai agama, lebih-lebih lagi ibu bapa aku...mereka saling hormat-menghormati. Ayah akan ikut ke gereja, dan ibu pun akan ke kuil.


Semasa kanak-kanak, aku ikut ayah ke kuil. Apa lagi, main-main ngan kawan-kawan kat kawasan kuil. Hehe, seronok la kan. Tapi, ada satu hari tu..semasa umur 8 tahun, masa tu hari jumaat. Kawan takde! Alamak! Maknanya, aku kena ikut ayah masuk..ke dalam kuil. “Oh,ada banyak stesen”. Mula-mula kami ke stesen tengah dahulu. Baca mantera. Kat situ, ada satu idol iaitu patung yang...membuatkan aku sangat-sangat takut. Mata merah, lidah panjang sampai dada..pun warna merah.


Aku tarik baju ayah. “Dad, why god is so scary?”. “Don’t ask so much. Pray!”. Ayah cakap dengan sangat garang. So, aku tak tanya lagi. 15 minit berlalu, gerak ke stesen berikutnya...Ganesha. Again,”Why God is so scary?”. Tapi aku tak tanya kat ayah, cuma dalam hati. Mau kena lempang kalau tanya lagi. Gerak ke stesen lain, ular. Gerak ke tengah semula, kami pun menyanyi suatu lagu.


Soalan itu timbul, tiada jawapan! Fikiran budak berumur 8 tahun, kenapa ye? Dalam rumah, ada satu bilik khas. Aku masuk, “Haa! Ini yang aku nampak tadi ni”. Tapi dalam skala yang kecil. “Herrmmm.........tidur je ar”.


Ok, van pihak gereja datang lagi macam biasa. “Pon Pon!”. “Masuk dalam van jom.”. Sampai je kat sana, “Eh, takde lak patung-patung td. Apa ye semua nih?”. Situasi, sangat-sangat berbeza antara gereja dan kuil. Kalau kat sekolah , aku memang kuat bersukan. Court yang paling mahal, ada dalam kawasan tokong. So, pergi la ke sana. Nampak la pula penyembahan konsep Taoisme.


Di gereja, aku dengar kisah macam-macam. Nabi Nuh yang berada dalam perut ikan selama 40 hari tuh, Jesus performing miracle, Adam ate the forbidden apple..dan lain-lain lagi. But, the question is floating until age 12. Sampai masa tuh, aku dah tak fikir Tuhan. Tuhan ada ke? Masuk umur 15, aku dapat kawan konsep 1Malaysia. Seorang Melayu, seorang Cina, dan aku seorang India. Aku baik ngan kawan melayu nih, hujung minggu je aku bermalam kat rumah dia. Maklumla, sama-sama nakal.



Biasanya, aku kayuh basikal ke bandar. Jalan yang paling pantas nak sampai (short-cut), lalu ikut masjid. Kami bertiga selalu ikut ke ikut situ. Satu hari tu, kami lalu waktu maghrib, dengar la azan. “Eh, aku nak solat ar”. “Ok2, pergi-pergi, its good for you”. Aku hormat dia masa tuh. Dia cakap lagi. “Man, aku nak gi sembahyang nih. Tunggu sini jap, jaga beskal”. A’ah, mereka panggil aku ‘Man’ walaupun aku seorang India, yang muka nampak macam melayu..haha.



Tunggu punya tunggu. “Peh, lama betul dia gi! Aku nak gi tandas nih”. Nak tanak, aku cari dalam kawasan masjid. Pusing-pusing, jalan-jalan, aku tengok orang tunduk-tunduk (sujud). “Eh..takde pape pun, takde berhala, takde salib, sujud atas lantai, diorang mengadap apa? Who? What?”. Aku terlupa nak gi tandas dah.


A week later in South dengan kawan-kawan. In the bed room, he was performing solat. I just looking at him. “Eh, sama ar dengan hari tu yg aku nampak”. Kat luar ada tingkap, sebelah sana lak rak buku. Dia tengok kanan, tengok kiri. Lepas tuh, dia kata...“Jom keluar”. Kejapnya sembahyang, kalau kat church 1 jam setengah. Aku nampak rak buku, ada 4 buku yang menarik perhatian aku...Jesus, Moses, Jacob, lagi satu tak ingat. Muhammad rasanya.

“Nih buku apa?”. Kan kami sama-sama nakal, so..apa-apa soalan main tanya direct je.

“Nah, bawak balik buku nih!”. Dia bagi macam tu je. Huh. Tak kisah la.

4 buku itu, buat aku sangat-sangat terkesan tentang apa yang dihadapi di church, kisah Nabi Nuh dalam perut ikan selama 40 hari tuh..dan lain2. But,there’s an extra name,”Muhammad”. “Eh, nih nama kawan aku. Tapi ada tulis nabi?”. Aku nak sangat tahu, camne boleh ada nabi selepas Jesus? Who is this man?



Aku mula mengkaji. Lama-lama mengkaji, aku nampak ciri-ciri nabi membawa mesej yang sama daripada nabi-nabi sebelum nih. Aku ada dengar lagu raihan, masa tuh tengah top. Lagu raihan yg nih. “Ashha dualla ilaha ilallah, wa ashha duanna muhammad rasulallah....”. Aku tak faham pun, main nyanyi je. Tetiba kawan aku dengar. “Mu dok pehe ko? Maksudnya, awak dah masuk islam.”


“Oh? Ok, masuk la...tak kisah pun.” Dengar azan, dengar nashid. Macam tu la masa kanak-kanak.

"When u feel something but do not know how to express it. Even though u try it, u won’t satisfied."

Masuk universiti. Aku ucap syahadah. Ayah kata, saya masuk melayu. “If you accept the religion, get out of this house. If you accept islam, this is war between me”. Adik pula menambah, “You’re no more my brother”. Kena baling dengan botol terus.


One day, saya rasa yang saya slowly away from islam, feeling alone. Saya kaji smula betul ke aku buat keputusan ni? Saya ke gereja semula, masa tu tak berani nk mengaku. BUT! The important now, i know the truth! I cannot lie to myself. Jadi, walaupun saya ke gereja, tp iman masih ada. I know Allah is powerful.


Mak meninggal pada satu hari. “Ke mana mak pergi?”. Sebagai anak sulung, tanggungjawab besar untuk proses pengebumian. Semasa meletakkan pasir ke atas muka mak, saya bertanya lagi. “Lepas ni saya takkan jumpa wajah ni? Di mana mak sekarang? Apa akan terjadi pada mak?”


“KALAU SAYA SENDIRI TAK TAHU, SAYA PULA MACAM MANA?”

Bayangkan, dengan 4 buku tuh yang diterima dengan cara yang agak kasar...buat saya berada di sini. “Nah, amik buku ni.”.

“Susah ke nak berdakwah?”


Pesanan

Jaysuman, watak cerita ini. Student PhD UTM. Juga aktif dalam Pertubuhan IKRAM kawasan JBT. Alhamdulillah, sudah berkahwin dengan teman hidup beliau bbrpa bulan lepas. Perkongsian yg diadakan di KTHO, UTM. Sukar untuk memulakan sesuatu, saya sendiri sangat-sangat akui perkara ni. Somehow, kalau kita tak sampaikan apa yg kita rasa..bagaimana orang lain dapat tahu?

Ada 1 restoran yg kita rasa sangat best. So, kita habaq kat kawan-kawan kita, kita btau lokasi di mana, makanan apa.

Ada 1 kawasan yg sangat tenang. So, kita inform kawan-kawan, kita beritahu tempat mana, camne nak ke sana.

Ada 1 kedai jual baju seluar pakaian yg murah dan berbaloi. So, kita ajak kawan-kawan datang, tunjuk jalan ke mana.

Dalam tiga2 situasi, selagi kawan-kawan kita tak tahu + tak cuba dengan hanya kita TAK INFORM...dapat ke kita share apa yg kita RASA? Tidak kawan-kawan. Unless, kawan-kawan kita search sndri maklumat ttg tuh. Tp ada bezanya. Kita menggembirakan mereka kalau kita sendiri yg inform.

Traffic light. Susah kalau tiada traffic light nih.

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP