Powered by Blogger.

Battle of Uhud dan Demam, huh?

Pheww. Rasa tak larat betul, agak lama dah la tak demam. Badan huyung hayang, makan semua sendiri...takde sape nak tolong jaga. Cececece, ayat simpati betul. Itu tak larat, ini tak larat...takkan nak tidur memanjang? Bosannya ah.

Kalau fikir untuk diri sendiri, memang rasalah...akulah yang paling teruk keadaan, rasa macam mayat hidup..hidup tapi rasa macam mayat, tak dapat buat apa. NO! Kena buat sesuatu. So, aku pick satu buku...harapnya, boleh motivate diri sendiri, create my own immune system. Woha!


Saat paling genting dalam kehidupan Rasullallah SAW.

Mana lagi, kalau bukan semasa Perang Uhud. Genting pada beliau, tapi emas bagi puak Musyrikin. Mana tak nya, yang jadi bodyguard Rasulallah masa tu cuma Talhah bin Ubaydullah dan Sa'ad bin Abi Waqqas.

Terasa nak berkunjung ke sana, mana puas baca buku je.

Mereka Musyrikin, memang fokus giler nak serang Rasullallah. DIE DIE DIE! Takde la cakap camtu, tapi semangat depa nak bunuh Rasulallah memang at the peak. Golden time!

Utbah bin Abi Waqqas, adik beradik Sa'ad la, tarik anak panah...ZASSSS!
Kena sebahagian muka Rasullallah..gigi hadapan kiri dan kanan, bibir bawah baginda injured.
Ok, aku sedih. Dalam otak, ter'spark' muka-muka syuhada' kat Palestin dan Syria.

Ada lagi.

Abdullah bin Shihab al-Zuhriy lak ntah camne datang dekat Rasullah..
BUKKK! Dia pukul lak dahi Rasullallah, luka lagi. Allahu...

Abdullah Qami'ah lak datang dengan kuda dia, menghiyyyekkk (I dunno the right tone for kuda)
DEBAKKK! Dia pukul bahu Rasullallah dengan pedang. Atas sebab tu, Rasullallah sakit lebih sebulan! Actually, depa semua nak try pecahkan baju perisai Rasullallah, tapi tak dapat.

Depa cuba lagi, depa pukul lak pipi Rasulallah sampai dua manik besi tertusuk dalam pipi Rasulallah. Allahu...

"Amek kau, aku ni anak jantan Qami'ah!" Ptuiiii! Blah la kau Abdullah Qami'ah!
Rasullallah, kesat darahnya sambil berkata, Aqma'akallahu, semoga kamu dihinakan Allah.


Talhah dan Sa'ad, kamu sangat hebat!


Cuba bayangkan, dalam keadaan genting tu, ada dua orang manusia yang sanggup pertahankan Rasulallah, Talhah dan Sa'ad. Just imagine, tengah-tengah demo kat BERSIH ritu, tetiba kaki kita terseliuh, then ada 2 orang sahabat anda tolong papah.

Tetiba, ada ramai giler SB dan polis datang nak tangkap korang. Ahah. Get ready untuk kena pukul!
Setia lagi kawan anda tu nak tunggu? Atau dia lari tinggalkan anda? Well, how close you are to that buddy, might affect the result.

Talhah dan Sa'ad are the best example. Talhah dan Saad bangun, mereka berjuang dengan keberanian yang takde tolok bandingannya. Ah, skemanya ayat. Awesome sangat ke Kapten Amerika dan Ironman berduo untuk kalakkan tentera abang Thor yang jahat tu? Pffft.

Mereka berdua adalah pemanah Arab yang termahir, mahir camne? Maybe dalam jarak 1km still leh bull's eye? I dunno. Mereka melepaskan panah-panah sampai berjaya tahan kumpulan tentera Musyrikin daripada sampai kepada Rasulallah.

Ada satu detik tu, Rasullallah tolong Sa'ad nak get ready dengan anak panah, sambil berkata, "Panahlah, terbusanmu bapa dan ibuku". Itu bukti betapa tingginya penghormatan Rasulallah terhadap Sa'ad, sebab selalunya Rasullallah tak pernah sebut camtu.

Talhah mengalami 36 atau 35 luka, jari telunjuk putus..dan beberapa jari lain. Ada yang kata tangan Talhah lumpuh. Apabila Saidina Abu Bakar terkenangkan Perang Uhud, beliau berkata.."Hari itu semuanya milik Talhah". Al-Tirmidhi juga ada meriwayatkan, "Siapa yang mahu melihat seorang syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, maka lihatlah pada Talhah bin Ubaydullah"

OH, osemnya. :T_T:

Pada saat yang mencemaskan itu, Allah turunkan pertolongan ghaibnya. Sa'ad berkata dalam riwayat sahih Al-Bukhari dan Muslim, aku melihat Rasullallah bersama 2 orang lelaki yang berjuang mempertahankannya. Mereka memakai pakaian putih dan berjuang dengan hebat sekali. Aku tak pernah melihat mereka berdua sebelum dan selepas itu. Siapakah mereka? Ermm.

Eh, demam nak elok dah la!

Ah, Alhamdulillah! Demam rasa makin kurang lepas baca seerah. Syukur! Immune system berjaya dicipta! Apalah sangat kan, demam ni, berbanding ujian yang Rasulallah dapat, rakyat-rakyat Syria dan Palestin yang hari-hari berjuang nak bebaskan negara...berjuang dengan darah


Baru demam skit, baru berjuang dengan peluh skit, dah terlentang atas katil, Lemahnya umat zaman sekarang! Adoyai! Get well soon! Tapi, takkan nak tunggu demam baru nak baca seerah? Heh, moga istiqamah!

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP