Powered by Blogger.

30.3.1976_MyGMJ

Bismillah. Hari ni dah 30Mac, 2012 di Amman, Jordan. Serius, sebelum ni entah apa aku buat pada tarikh yang sama. 30 Mac 1976 tanah rakyat Palestin dirampas besar-besaran. Tiap tahun , rakyat Palestin berarak di luar rumah beramai-ramai sebagai usaha berterusan untuk dapatkan balik tanah air diorang. Entah apa lagi usaha yang mereka dah buat? Aku baru hari ni nak 'sibuk-sibuk'.


Sweimeh, Al-Balqa' , Jordan. GMJ bermula. Kami bergerak dari 'funduq al-misk' pukul 9am. Kemudian berkumpul di first check point. Delegasi-delegasi negara berkumpul di situ sebelum menaiki puluhan bas untuk ke Sweimeh. Sampai di Sweimeh, kawasan 'family day' ni sesak, banyak bas dan kereta, berdebu, Dan! Dari jauh dah boleh nampak palestin. Subhanallah. Sekarang aku lebih merasai apa orang selalu kata.

"When you have something that very close to you,
but you cannot have it...what will be your feeling?"

Benda tu dah dekat sangat, tapi kau tak boleh nak milikinya.
Ah. aku ada task yang kena buat.
Seberang sana nu, Palestin dah tu! 2km jek!

Aku rasa aku sibuk, tak terfikir nak mara ke sempadan. Lepas ni kalau nak pergi Palestin or syahid mana-mana, make sure everything settled...minda bebas, tayah ada 'task' kena buat during the event..boleh pulak aku fikir camtu (rasa terbeban, baru sikit kot!). Keadaan perhimpunan aman, cuma ada insiden kecil bila mana 4 orang Rabbi Jews (yahudi) nak masuk ke khemah, seorang wanita marah giler dengan kehadiran diorang. Nasib baik dikawal oleh brader vest oren. Rupanya, wanita tadi marah sebab ahli keluarga dia kena bunuh oleh Israel...secara tak langsung, Jews dan Israel ada hubung kait. Sebenarnya, Jews ni ada 3 jenis yang ramai tak jelas. Yang dok pi sokong Israel tu, Zionist...yang tak sokong Israel lak, Ortodoks.

Rabbi-rabbi Yahudi dikawal ketat, dari masuk khemah, sampai keluar khemah.
 Pasan sepanduk tu? Aku tak pandai baca tu, thanks to Bro Sidi Habibi yang tolong translatekan. Maksud sepanduk, line by line: 


Yahudi Torah Sedunia
Tidak Mengiktiraf
Kerajaan Zionis di Tanah Suci
Kembalikan Pemerintahan Tanah Suci
Kepada Penduduk Asal

Yahudi, Jews, Zionis..keliru?

Sekarang, golongan Orthodox terpecah kepada beberapa approach terhadap Zionism dan kerajaan Israel (credit to Bro Luke Khidir) :

1. Anti-Zionism: Yang menganggap Israel adalah sebuah negara sekular yang tidak sah kerana melanggari 3 oaths dalam Talmud iaitu salah satunya telah mendirikan kerajaan Yahudi sebelum Messiah. Ini adalah pendirian asal Orthodox Judaism. Sekarang mereka didukungi golongan Edah HaChareidis (diseperti Neturei Karta "nkusa.org" dan Satmar). Mereka menubuhkan council sendiri di Jerusalem dan tidak mahu mengiktiraf autoriti keagamaan dari Israel. Golongan ini dipanggil anti Zionist Haredim (Ultra Orthodox Jews) dan adalah minoriti di kalangan Orthodox.

2. Non-Zionism: Ultra Orthodox yang menganggap Israel adalah sebuah negara sekular yang tidak ada kena mengena dengan Taurat tapi dalam masa yang sama, mereka boleh mendiami Israel dan memberi ketaatan sama seperti mereka memberi ketaatan di mana2 negara di dunia seperti semasa mereka berada di Eropah, negara2 Islam dan Amerika. Ini adalah pendapat golongan Agudat Israel (seperti Chabad dan Breslov) di mana mereka adalah majoriti. Mereka mempunyai parti politik sendiri untuk membela hak mereka sebagai orthodoks di Israel seperti hal ehwal kosher, melarang pembukaan premis dan kenderaan dipandu pada hari Sabtu dll.

3. Religious-Zionism: Yang menganggap Israel adalah the first manifestation oleh Tuhan dalam Salvation dan Messiahhood. Dengan kata lain, mereka percaya pada janji Promised Land seperti yang disebutkan sebelum ni dalam Taurat. Mereka menganggap dengan penubuhan Israel dan kepulangan Jews dari seantero dunia, zaman Messiah akan tiba tidak lama lagi. Ini adalah pendapat Modern-Orthodox Jews dari Europe/Amerika dan Middle Eastern Jews (penduduk Israel yang majoriti). Mereka adalah golongan kanan di Israel yang berkolaborasi dengan golongan Non-Zionism tadi untuk mengagamakan Israel dari segenap aspek sehingga membawa kebimbangan pada golongan kiri yang sekular di Israel. Ini yang Zionist nih!!!





GMJ bermula


Khemah tu juga menempatkan delegasi dari pelbagai negara. Aku jumpa balik Bro dari Morocco yang kat Cairo Airport. He used to speak Arabic and French, Ah...ralatnya rasa tak pandai cakap Arab. kelas Arab dengan Thabit dulu tertangguh camtu sampai sekarang.


Bincang dengan Bro Khabbab, ang pi guna Tele, aku guna wide. Ok. nak tukar-tukar lens, risau den...pasir berterbangan bebas masuk ke hidung, apatah lagi lens. huhu, terima kasih kepada housemate! Azree Hanifiah sebab bagi pinjam.

Tapi seriously, I missed a lot of moments. Time tu nak rekod video, time tu nak ambil gambar, time tu cari line nak buat live-cast. Sungguh tak proper aku buat kerja. Aku sangat berharap aku ikhlas, orang-orang yang ikhlas ni tak kisah pun kalau orang lain tak appreciate pun..nak orang appreciate baru kerja jalan? What? I know that's one kind of fitrah, tapi tak boleh la nak bermanja sangat. Sebab dia buat kerana Allah, so takyah nak emo-emo Jang. Continue your work.

Mendengar khutbah jumaat berdiri, dengan imam bersama puluhan mic and video stand, kerusi dan teks khutbah di tangan, tanpa mimbar..ia merupakan satu pemandangan baru. Habis khutbah, cepat-cepat buat saf untuk solat di atas padang pasir.


Solat jumaat di atas padang pasir, berhimpun juga di sini.



Pentas ini digunakan oleh Imam untuk sampaikan khutbah, kemudian menjadi pentas ucapan wakil tiap negara.






Tuan Norazmi Talib, mewakili Malaysia..untuk Palestin.

Apa harapan mereka sebenarnya? Pernah kita cuba nak rasa?

Iye iye...bendera Palestin di mana-mana.

Antara pelajar Malaysia di Jordan yang bersama. Moga Allah terima amal kita ini.

Habis? What's next? Badan aku masih satu jasad, juga manusia-manusia lain. Bau wangian bak kasturi tiada, darah tiada..semuanya aman. Pulang membawa diri, tapi hati setiap orang masih kat sini. Palestin, next time aku datang aku akan bawak kawan-kawan lain. Amin ya rabb.

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP