Powered by Blogger.

Raya Random Makna

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
تقبل الله منا ومنكم
As-salam. Semoga Allah subhanallahu ta'ala menerima amalan kita semasa ramadan.
Sampaikanlah kami di ramadan akan datang. Well, selamat hari raya semua. Masing-masing ada makna, cara sambutan, kesan terhadap diri, semasa raya tahun ni. Harap semuanya bukanlah sia-sia. Hidup ni, kalau akhir hidup kita adalah neraka...sia-sialah puluhan tahun hidup di dunia. Mahu?

Nauzubillahi minzalik (Minta dijauhkan dari kami). I got a few pictures to story, it could be a thousand meanings for me, but hundred meanings for you since you did not experience what i did. Sentiasalah ambil makna daripada literasi, sebagai tanda anda berfikir lebih sedikit daripada manusia lain, beruntung orang yang banyak berfikir nih. Unless, u won't find the answer.

 
Tiap malam raya, susah nak dengar orang bertakbir di masjid sebab kuat benar pertandingan mercun di langit. Keputusan siapa yang menang? Nafsu masing-masing la kan.

Raya di rumah kedua, bukan rumah mentua di Lok Heng. Atok sedara belah mak banyak kat johor nih. Aku je yang tak terlarat nak ziarah semua, moga dapat buat tour de sedara lain kali. Tengah merancang buat dokumentasi keluarga. Emm.

Pernah popular dulu, tapi tahun bila ntah..adik aku selamba aja bakar, bukan satu tapi 4 unit rumah mewah burung tempua. Tahu tak? Nenek moyang kita belajar buat tikar mengkuang dari sini la...


Suasana alam malam yang berkabus. Masa ni, depan rumah tok Mak Epi (atok sape lak nih). Baru satu kampung, belum satu johor. Somehow, seronok gak berkawan dengan orang tua-tua nih.  I always got something..
Haa. Terperasan rotan buluh, terimbau la kenangan. Kena rotan tu aku rasa normal. Rotan tak dahsyat lagi, paling dahsyat bila mak kita tak nak cakap sepatah kata bila aku betul-betul nakal. Err..serius rasa lain. Fuh! Tak nak la sejarah berulang.

Alhamdulillah, di masa orang lain tak rasa kasih sayang ibu bapa sebab hal-hal tertentu...aku bersyukur, mereka berdua masih ada. Respect la cara orang dulu-dulu. Orang muda sekarang, kalau berkenan ngan seorang..mak ayah tolak tepi. Teruk betul.

Internship ramadan has ended, now it is time for us to counter the syaitan fighter for 11 months. Kejayaan menentang mereka cuma dapat dipastikan, jika kita dapat mengucap 'Laila haillah' semasa mati nanti. All the best for you and me. Jumpa lagi.

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP