Powered by Blogger.

OUTing Tiba-Tiba

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Peace be upon you, bro and sis!

Yeay, Nazrul, Bakheet dan aku sempat beraya jalan-jalan jap di rumah Izhar, atok Naz, dan rumah pak cik. Alhamdulillah. Sia-sia bukanlah tujuan, inshaAllah ada beberapa pengajaran. Nak ajak ramai lagi, tapi berapa kerat je dah sampai kat johor.



Maghrib dah nak dekat, so kami bergegas ke masjid.
"Naz, jom solat kat masjid sultan abu bakar, tak penah gi lagi rasanya."
"ok". Dia senang nak respon, walaupun muka kadang-kadang macam masam. Tapi serius OK.
Tapi masuk-masuk, macam tak sedap lak baca sign board gini. Do you know why?


Kita tahu yang islam itu benar, antara hak dan batilnya terang. Kita tahu islam itu membawa sinar bukannya kegelapan. Kenapa kita 'takut' dengan kebenaran islam itu sendiri? Kenapa kita takut untuk sebarkan sinar islam dalam jiwa-jiwa yang gelap itu? Sedangkan Nabi S.A.W pernah membiarkan seorang arab Badwi menyelesaikan urusan 'membuang najis kecil' di dalam masjid, baginda sendiri cuci masjid itu walhal sahabat hendak aja membunuh si kafir itu? Ketakutan jenis apa yang masyarakat kita ada sampai membuat langkah 'pencegahan' tidak membenarkan bukan islam memasuki masjid?

Selepas masjid, kami ke tepi laut tengok-tengok jiran johor. Haa, kat sini macam-macam gak belajar dari Naz. Aku rasa excited kot, sebab ini first outing tak sengaja. Nak pi beraya, tapi kata "boleh ambil gambar gak nih". Yeay. Nak jual ke tak camera nih? Ciput-ciput pun, emmm.

 Planning nak buat jasad terpisah daripada roh, ingat mati sikit ar. Tapi tak jadi lak. Kena belajar lagi ni. Yang ni aku buat 5saat, 1st second berdiri belah kanan, kemudian sebelum 5 saat habis gerak ke kiri lak. Tapi SERIUS, bukan nih yang Bakheet nak. +_+


Gambar sebelum balik. Cahaya-cahaya banyak yang warnanya lebih kurang. "Gi KL la kalau nak kaler macam-macam". InshaAllah ^^,

Kalau kita sendiri suka tengok cahaya-cahaya menarik dan lawa kat dunia nih, dan share gambar-gambar menarik dengan kawan-kawan, korang tak terfikir ke nak share 'cahaya islam' dalam diri masing-masing dengan kawan-kawan lain gak? Kita kena fikir lebih sikit je, KENAPA. Bukan main ikut aje daripada kecik. "KENAPA aku islam, tak kristian? tak hindu?" Hah?

Sedar tak, ilmu akademik korang bertambah, tapi ilmu solat tak bertambah-tambah gak. Ada aku nampak, 3 orang remaja lari-lari anak nak join jemaah ngan imam tapi tak sempat. Alhamdulillah, ok la daripada tak datang ke surau langsung. Tapi aku sedikit kecewa lak pastu, tiga-tiga kawan tadi masuk saf terakhir, solat sorang-sorang. Erk?

Final question. "Kalau Allah itu ada, Tuhan itu ada, kenapa aku tak boleh nampak Dia?". Silap-silap, ada kot se dua student PhD or golongan professional tak tau nak jawab camne. Jawapan korang apa?

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP