Strategi ‘Bola Sepak ‘ Di Palestin
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dulu kan, aku respect beberapa team, kalau EPL aku suka Liverpool. Tapi sekarang macam dah...emmm, emmm, emmm. Barcelona pun aku suka, most of their gameplay are awesome. Aku cuba untuk tidak meminati Manchester, haha..tapi ntah la..diorang main memang smart kot...(O_o)
Team Malaysia dulu aku langsung tak suka tengok, tapi sejak-sejak menang Piala Asia Suzuki hari tu, Fuh! Sorak gempita kat stadium punya la hebat! Dah macam tengok EPL la kot, dah seronok tengok diorang main. Sekarang tunggu pertemuan Team Malaysia dengan Jepang tuh! Tahniah-tahniah, harap-harap istiqamah.
Aku sempat tengok satu channel live nih, wartawan IKRAmedia bernama En. Hairozi ditugaskan menemuramah seorang ‘coach’ satu pasukan nih di Khanyounis (read: خان يونس) Camp. Team mereka sangat-sangat hebat la sangat.
Satu perkara yang biasa rasanya untuk team-team yang aku suka tadi. Diorang menang macam-macam sebab la, bakat besar, strategi hebat, coach power, atau player itu sendiri. Tapi bila fokus bab kuantiti player, tiap team bilangan diorang sama je, tak 11, 10. Macam normal la kalau 10 lawan 9, yang 10 tuh menang. Atau pun, 11 lawan 10, tak pun paling teruk 9 lawan 9. Yang agak tidak normal, 8 lwn 11 tapi yang 8 orang tu menang. Wow. Ratio kuantiti yang kecik . Huhu. Bilangan yang kecil mengalahkan bilangan yang besar?
INTERVIEW SESSION
Aku naik kagum dengan team yang ditemuramah oleh En.Hairozi tadi, mereka memang sentiasa sikit berbanding pasukan pelawat. Ratio pemain besar gila pun susah gak nak kalah. Aku pun tertanya-tanya juga sebenarnya. Aku ada gak ikut-ikut perkembangan team nih, memang pelik la. Team nih tak penah berlawan kat tempat musuh, musuh je yang datang tempat diorang. Kalau kita haritu, Malaysia main kat Singapura, kemudian kita lak datang ke Singapura. Tempat team nih best sangat kot, takde kat tempat lain. Team nih gak hampir berapa puluh tahun ntah main, SERIUS tak penah kalah. Meh kita ikuti temuramah nih.
“Bagaimana pasukan anda dapat bertahan? 1 team bola sepak ‘budak-budak kecik’ melawan team ‘budak-budak’ besar? Bagaimana budak kecik boleh menang?”
“Kami apabila bermain, kami sentiasa nak menang”
“Kami apabila bermain, sama-sama akan serang, tiada yang tercicir”
“Kami apabila bermain, sama-sama akan berundur”
“Kami apabila bermain, cari satu-satunya kelemahan musuh kemudian asak betul-betul”
“Kami apabila bermain, akan sentiasa balas jaringan”
Paling penting, kami ada penyokong dan penonton, penyokong kami masing-masing bukan melihat saja!
DISEBALIK TABIR INTERVIEW
Tadi adalah bahasa kiasan, yang ini maksud sebenarnya.
“Bagaimana Hamas yang sedikit ini bertahan? Gaza ini kecil, tapi bertahan sampai sekarang?”
“Kami apabila turun padang, kami nakkan syahid”
“Kami apabila turun padang, tak seorang pun tercicir”
“Kami apabila turun padang, kami sama-sama akan bertahan”
“Kami apabila turun padang, kami akan kenal pasti betul-betul kelemahan tentera zionis Israel dan asak betul-betul, serang habis-habisan”
“Kami akan sentiasa balas serangan mereka, kami sentiasa gerakkan pejuang-pejuang kami. Kalau kami kalah, sentiasa ada pengganti di belakang kami”
Paling penting, kami ada penonton dan penyokong yang memahami perjuangan kami...bukan melihat saja!
So, selama ini kita melihat perlawanan bola sepak untuk seronok-seronok, isi masa terluang menonton pasukan favourite masing-masing samada bersendiri, berkawan atau berkeluarga. Kita bersorak apabila gol dijaringkan, bersedih apabila gol bolos, ber’apa lagi’ apabila seri? Macam-macam la kita buat ulasan setaraf Dato’ Hasbullah Awang atau Martin Tyler. Hakikatnya, keseronokan menonton itu, cuma sementara. SEMENTARA bang.
Anak-anak dibiarkan dengan senang hati menonton sampai terngiang-ngiang nama Safee Sali, sampai terbiar waktu solat mereka, sebab ibu bapanya pun solatnya entah ke mana. Ditanya siapa itu Rasulallah s.a.w itu siapa, juga tidak tahu. Ibu ayah kecewa anak-anak tidak dipilih sebagai wakil bola sepak peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Berapa ramai saja yang kecewa anak-anak mereka tak pernah solat? Tak reti mengaji dan mengkaji Al-quran? Tak kenal Allah dan rasulNya?
Anak-anak di Khanyounis, Palestin sana merenung LAMA-LAMA beg sekolah yang dia dapat hasil sumbangan anda semua, bersyukur barangkali. Macam tak percaya,”Aku dapat beg sekolah akhirnya”. Anak-anak disini apabila merenung beg sekolah yang ayah mereka bagi, ini responnya. “Yang nih je ayah?”
Kalau kita CUMA fikir seronok dengan bola, maka berjayalah dunia menenggelamkan pemikiran anda supaya tidak fikir lebih sikit daripada biasa. Lupa yang hidup ini bukan untuk seronok sahaja. Tak salah pun tengok bola, cumanya...cumanya...cumanya...jangan tengok je tau! Try baca tentang islam, islam itu apa sebenarnya. Macam-macam la tentang islam pun.
Aku suka je, bola sepak Malaysia makin maju dan berjuang demi tanah air tercinta, tapi aku lebih menyokong perjuangan ‘pasukan’ Palestin bermati-matian demi agama kita semua. Sampai bila kita cuma akan bersorak dan terus bersorak? Ada kita kisah coach di sana dan pemain-pemain mereka di sana seperti Abu Faris Audah , Syeikh Ahmad Yasin dan lain-lain lagi?