'Single' ≠ Tiada 'Perasaan'
Peace. Be Upon U.
Selamat Sejahtera. Ke Atas Kamu ( yang membaca ).
Normally, mathematical solution will answers '1+1' equals '2'. Fix. Tetap. Sampai mati...rasanya.
Yeah, those who're only having mathematical knowledge are thinking that way.
Realitinya, ia bukannya cuma satu jawapan sahaja. Macam-macam. Sangat macam-macam.
Tidaklah dikatakan 'stupid' kalau si budak atau sesiapa menjawab selain daripada tu.
Sebabnya '1' tadi boleh mewakili 'things on the earth'.
Ada orang kata:
3..seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, kemudian dapat anak seorang.
DAN!
boleh jadi 4,5,6,7...15, my family got the answer. It equals '6'. Alhamdulillah. ^^
Ini bukan orang kata:
'5-1=0' , bermakna..jika satu rukun islam ditolak, tidaklah islam anda.
'6-1=0' , bermakna..jika satu rukun iman ditolak, tidaklah anda dikatakan beriman.
Sememangnya, teori-teori ciptaan manusia hebat banyak yang tidak dapat memenuhi realiti.
HIDUP | SINGLE
Heh. Kita masuk ke alam realiti. Hidup 'single'. Tapi jarang kot orang hidup keseorangan, mesti ada manusia-manusia sekitarnya. Bukan itu maksud yang nak disampaikan. Single kat sini sangat-sangat KHAS ditujukan kepada manusia yang memilih untuk tidak mempunyai teman-teman di bawah sebelum 'NIKAH CONNECTING PEOPLE'.
'teman tapi mesra berlainan jantina'
'teman sehidup-semati berlainan jantina'
'teman perkongsian masalan hidup berlainan jantina'
'teman perkongsian perasaan'
'teman menaruh harapan meninggi gunung berlainan jantina'
'teman masa hadapan berlainan jantina'.
(skop berlainan jantina: yang boleh berkahwin)
Ada ke patut orang yang tak 'couple' tuh takde perasaan?
Ada ke patut orang yang kurang kawan berlainan jantina takde perasaan?
Ada ke patut orang yang bertudung labuh tu tiada perasaan pada lelaki? Yang 'pakej lengkap'?
Ada ke patut lelaki yang ilmu agamanya hebat pun takde perasaan pada wanita? -_-"
Macam mana la fikiran anda dicelup sebegitu hah? Cerita korea? Jepang? Omputih?
Mereka semua manusia juga. Ada hati macam manusia-manusia lain.I can guarantee about that.
Terkecuali lah kan, untuk mereka yang betul-betul hatinya 'kering' + 'songsang'.
Tapi apa yang bezanya dengan manusia begini dengan manusia lain? Erm. Fahamkan kisah nih elok-elok.
Ibarat Tajudin yang bekerja bergaji dan Abidin bekerja bergaji sendiri.
Tajudin sedar, kalau dia tidak bekerja, tak punch card tiap waktu kerja, BOSS mengharamkan gaji buatnya.
Tajudin faham, yang dia memerlukan gaji tadi untuk jalankan rutin harian dunia nih.
Tapi ada beberapa perkara dia tidak suka.
Tajudin tidak suka beli barang-barang pameran. Dah ramai orang test.
Dia pun minta promoter ambil yang baru. Yaw! Baru.
Haa..tajudin ada kebun kat belakang rumah nanny dia. Buah cempedak di kebun.
Rapi, rapi tertutup dengan kertas 'sok kabo'. Dia tak nak ada ulat gigit, nanti rosak + buruk.
Baru sedap nak makan nanti. Vaw!
KLCC, dia suka tengok. Bannga jadi anak Malaysia. Lawa dengan macam-macam komponen dipasang.
Tajudin akan pastikan ayam yang dia beli untuk masak disembelih dengan cara betul.
Ikutkan, memanglah rasa ayam tuh sama jugak kot dengan ayam yang disembelih dengan cara salah. Tapi, hari tu..sekali dia tau syarikat tuh kantoi, orang kafir yang sembelih.
'Erk! Sangat tak enak'! Tukar kedai!
Abidin?
Abidin jiran Tajudin kalau nak tau.
Otak sendiri + bisness sendiri. Dia boss dia kuli. Hari ini kerja + seminggu dah dapat gaji.
Tiada waktu kerja khas, punch card bagi dia adalah suatu 'allergic'.
Semua perkara yang dia dapat, dia bangga sebab usaha dia sendiri. Tiada 'bantuan' dari mana-mana.
Dia rasa begitu. Cara hidup berbeza dengan Tajudin.
Guess what? Abidin pun suka apa yang Tajudin suka.
Sebab tuh diorg berjiran sangat baik. Haha!
'1+1' | YANG HALAL
Faham cerita diorang dua?
Tajudin kerja bergaji, ada boss. Dia hamba, dia ada Tuhan Yang Esa. Allah subhanallah ta'ala.
Tajudin sedar tujuan hidup.
Kalau tak laksanakan, pahala iaini gaji terkumpul dan syurga iaini gaji teragung diharamkan baginya.
Ditundukkan pandangan apabila terlihat wanita tidak sempurna auratnya di luar rumah.
Ditukar channel, kadang-kadang terpaksa forwardkan movie sebab aurat bersepah. Movie best.
Baginya, tiada beza jika terlihat aurat 'on screen' dan 'on live'.
Perempuan-perempuan Islam yang tidak diselaputi kain-kain penyelamat neraka, tidak se'special' buah cempedak ditutup rapi dengan kertas 'sok kabo' nenek Tajudin. Wanita-wanita yang hatinya menagih hati lelaki yang haram baginya sebelum kahwin, boleh sahaja curang atau pudar, nyalaan tagihan itu makin pudar kerana masa..tidak mampu dikawal. Boleh jadi hilang arah hidup apabila cinta pada si dia, Allah hilangkan untuk menguji hambaNya supaya pulang semula kepadanya. Tapi sayang, ramai tidak sedar lagi.
Cantiknya KLCC seperti keadaannya sekarang. Tapi bagaimana kalau satu hari, satu demi satu bahagian KLCC tiada. cermin-cermin lutsinar pecah, jambatan penghubung 2 menara roboh, tiang-tiang penyokong hancoq, kemudiannya semua hancoq. Hilang KLCC. Bagaimana islam dapat dilihat cantik + lengkap kalau anda sendiri yang amik satu buang satu bahagian? Kemudian, menyalahkan orang lain tak tentu pasal.
PERASAAN | SAYA ADA JUGA KOT.
Haha.
Of course. Tapi!
Saya nak jadi macam tajudin, bukan Abidin. Hidup tidak rasa berTuhan, guna akal sendiri. Kemudian nak perkara yang sama macam tajudin. Tak adil. Apa yang dia dapat tuh, atas sebab Allah Maha Pemurah. Boleh jadi Allah mahu lekakan dia sampai jadi penghuni neraka. Itu namanya 'istidraj'.
Aku tumpang bahagia, salah seorang kawan SKFH semasa di Lahad Datu sudah kahwin. Muda lagi, kecik jek orangnya. Barakallah. Moga Allah merahmati kamu berdua. Heh, lepas nih sapa pulak na. Gambar2 lain tengok kat sini: 'Klik Aje'.
Satu pesanan, katakanlah anda telah membuat sesuatu yang haram (cth: rindu-rindu) sebelum berkahwin, kemudian berkahwin..bertaubatlah, moga dosa itu dihapuskan. Tetapi, kalau anda ulang perkara yang sama selepas kahwin, ia tidak lagi berdosa. Malah nikmat!
Allah dah janjikan setiap orang pasangan masing2, nak risau apa lagi?
Allergic hidup sorang-sorang?
Carilah yang halal. Si ibu merupakan madrasah pada anak-anak.
Hurmm..... saya bosan sgt sebab semua kwn saya ejek saya ni tak de perasaan. Just sebab saya tak rapat dgn lelaki. Salah ke kalau saya jauhkan diri daripada lelaki. Hidup saya happy je, bagi saya, kalau tak rapat dgn laki sekali pun tak de ape yang rugi. Saya tak suka berkawan dgn lelaki sejak saya masuk ke alam persekolahan menengah. Bukan saya sombong tapi saya tak selesa. Saya lebih suka berdiam diri sampailah sekarang. Dan sekarang kawan kawan saya pangil saya manusia x de perasaan. Hanya kerna saya berdiam diri. Apa perbuatan saya ni salah??