Rugi
6 Ramadhan. Dah 6 hari ramadhan memacakkan diri.
Setia. Beruntung berkhidmat kepada Allah.
Apa-apa situasi, mesti ada pasangannya. Iaitu, rugi. Manusia yang rugi.
Di kala syaitan diikat, maksiat tetap melekat di hati masing-masing. Kenapa masih?
11 BULAN | 1 BULAN
11 bulan hidup menggunakan internet..tetitba 1 bulan kabel internet sedunia rosak, tak dapat guna intrenet. rasa tidak biasa bukan? Sudah terbiasa.
11 buln hidup ng mak ayah, tetiba 1 bulan mak ayah pergi haji atau out-station...kita rasa tidak biasa kan? sunyi dari pangkuan mereka.
11 bulan kita guna produk terbaru nih, berhasil...puas hati, tetiba 1 bulan kena hentikan pengambilan, tidak biasa juga bukan?
11 bulan dh terbiasa ng maksiat..sukar la nk tinggalkAn..sebab dah ditarbiyyah oleh syaitan-syaitan yang rehat cuma sebulan. Ramadhan.
ENGKAU | RUGI
Syahdu. Tidak tahu ekspressi perasaan. Barangkali syahdu yang bodoh.
Manakan tidak, mereka menangis sedih kerana memahami ayat-ayat quran di merdukan imam.
Tapi aku, sedih tidak dapat memahami apa yang sepatutnya difahami.
I called this, hard feeling.
Sepanjang 11 rakaat, aku...tidak faham diri sendiri.
Sepanjang 22 kali al-fatihah (terawih)...entah berapa kali cuma menghayati.
Astagfirullahal azim.
Ada manusia yang berkira, melihat jam.
"Solat terawih kat sana cepat"
"9.20 dah habis kot"
"Terawih kat sini lambat, dekat-dekat pukul 10 baru habis"
"Aku ada hal la malam nih"
Usai terawih, meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Alhamdulillah, daripada berbuat benda tidak elok.
Cuma, harapnya kita dapat rasakan...masa ini sebenarnya dipinjamkan.
Ibarat, aku meminjamkan engkau motor selama 2 jam. Lebih masa 30 minit, aku bising. Selepas itu, buat pinjaman lagi.
2 jam itu, Allah pinjamkan barangkali 63 tahun, puluhan tahun, belasan, beberapa tahun.
Boleh jadi, jam, minit, dan saat. Tapi Allah sayang kita semua. Tidak pernah benci kita, dan paling penting, pinjaman masa cuma berlaku sekali. Hanya sekali.
Cuma ramai di antara kita yang tidak kenang budi. Apatah lagi diri sendiri.
Ramadhan. Bukan hanya bulan berpuasa, tapi bulan ibadah.
Tahu atau tidak?
Pahala mencurah-curah.
Pahala amalan boleh berganda kepada 70 kali..mungkin lebih.
Mahu lebih tunggukan sahaja malam Lailatul Qard, nah.
Allah Maha Pemurah. Tapi, si penerima buta tuli.
Terawih dijaga, syukur alhamdulillah.
Solat fardu jemaah dibuat lupa, terbiasa, astagfirullah.
Islam, islam, islam.
Apa diri anda islam? bukti?
"Kad pengenalan","Bin atau binti","Agama : Islam"
Dan agak bodoh juga apabila ada orang yang fikir islam itu cuma berdasarkan kad pengenalan.
Tidak sama sekali.
Jika berleter sebanyak mana, jika tidak sedar juga islam itu apa...seolah tiada guna, mungkin rasa terpaksa jika buat. kerana tidak faham.
Carilah, masa yang dipinjam ini harapnya diguna dengan baik.
Jadikan Ramadhan ini, mungkin yang terakhir.
Bukan terakhir persiapan raya, tapi persediaan mati.
Jazakallah khuhoiran. Moga amal diterima.
salam ziarah...sangat menarik.thumbs up!
syukron.