ZAUJAH (Part II)
STOP LISTENING
TO HEAR SAY
Kita selalu kata,“Ko dah kahwin eh? Tahniah!”. Sedangkan kita nak maksudkan,“Waa..dah macam suami isteri la
korang, nikah dah?”.BELUM. Biasakan berkata ‘nikah’ untuk halal couple,
sebab dengan nikah aje baru boleh hidup macam orang kahwin.
Kita selalu
kata,”Tahniah, dah nikah dah korang”. Sedangkan yang sunnahnya,
“Barakallahu lakuma wajama’a bainakuma fi khair”. Yang ang pi hafal lagu maher zain saja-saja buat apa? Doa yang disyorkan
Nabi Muhammad SAW tuh. Praktiskan! Kemudian nak cakap tahniah, silakan~
Kita selalu kata,“Mantap
ar dia, kahwin awal”. Sedangkan kita tak tanya pun kenapa dia kahwin awal.
Kita tak kisah pun nak amik tau, sebab takut kena cop ‘jaga tepi
kain orang’. Brother, bukan tanya direct terus...lagi-lagi kalau tak rapat.
Bawakkan mukadimah bicara dulu, apa kaba, bla bla..basic kot.
Kita selalu
kata,“Peh, kahwin awal, takde life langsung”. Sedang kita tak tahu makna life
sebenar. Our life is twice, our death is also twice. Mati pertama, semasa kita
tak lahir lagi. Hidup yang pertama, semasa kita lahir ke dunia ni. Mati yang
kedua, bila mana kita ditanam dalam kubur nanti. Hidup yang kedua yang abadi,
apabila kita dibangkitkan nanti. “Hidup cuma sekali, enjoy!!”. Itu takde agama.
source: kebun hidayah
Kita selalu kata,“Fuh, mak bapak tolong, boleh la”. Sedang kita tak tahu ada pasangan baru nikah tu terima zakat ye kawan-kawan.
Rasa hina sangat ke rasa tak mampu? Engkau ada Allah Yang Maha Kaya. Patut rasa
double hina, dah ar dua-dua asal dari
air yang hina, buat perkara hina lagi. Huh. Anak zina? Triple hina. Tapi tahu
tak? Pintu taubat tu, sangat-sangat luas. Taubat la...
Kita selalu kata,”Ada
ar tu tak kena, silap-silap buat
kotor”. Sedang kita tak tahu perkara sebenarnya. Mulut, mencerminkan apa yang
ada di hati. Baik perkataan, baik la hatinya.
Kita selalu
kata,”Aku tak kuat lagi ar..”. Sedang kita tak tahu kekuatan kita apa sebenarnya, asyik-asyik nak fikir diri lemah. Usaha masih
kosong, dah fikir macam-macam keputusan itu ini. Macam mana kalau ni? Macam mana kalau tu? Aaa.
Find your strength!
Kita selalu
kata,”Kahwin dengan dia tuh bayar
5ribu je, nikah dulu, walimahnya
kemudian”. Nak kata murah? Katalah
murah pun, dia dah akad, dah halal. Kau je
yang tak akad-akad lagi. Anda patut
jealous sebab walaupun ia murah, tapi ia susah nak dapat. Perkara yang susah
nak dapat, sepatutnya mahal la kan?
START LISTENING TO YOUR HEART.
Kalau tak
ready lagi, bersiap sekarang. Kalau rasa dah
ready, teruskan proses seterusnya. Bukannya skip akad terus kahwin. LOL. Kalau taknak lagi, banyakkan dengar ceramah.Kalau nak, cari orang tengah yang alim dan dipercayai untuk pilihkan. Isi
borang pun ada.
Kalau buat semua ni
sebab nak kisah diri yang indah semasa berkahwin ni disebut-sebut orang, check balik hati tu. Tak kisah ar berBM atau tak pun. Kalau buat semua
ni sebab mak ayah suruh, terseksa hati tuh nanti.Kalau buat semua ni sebab
kawan-kawan semua dah, kita je belum, double check hati tu.
Stop listening to
hear say, start listening to your own heart. Ikhlas
ada atau tak? Lagi satu, ikhlas tu antara kita dengan Allah subhanahu wa
ta’ala. Sebelum nak cakap, “InshaAllah, saya ikhlas untuk pinang anak mak cik”,
bermunajat pada Allah dulu. Minta dari Dia supaya hati tu ikhlas buat semua ni
kerana Allah. Hati ni mudah dibolak-balik, hati-hati dengan hati. Bergantunglah
pada yang tidak mati.
Bila mana mata kita masih 'rambang mata'...kita masih
belum ikhlas.
Bila mana hati kata sekejap si dia, sekejap
si itu ini...kita masih belum ikhlas.
Bila mana kita mula banding-bandingkan si dia dengan si
dini...kita masih belum ikhlas.
Nak tak nak, walaupun kita bandingkan perkara-perkara kebaikan, salah satu pihak akan 'ternampak' kekurangannya? Takpe, nak yang terbaik?
Tang trang tang...kita 'ternampak' kelemahan si dia...masih boleh untuk ikhlas?
Ikhlas bila ada? Mana aku tau. Sendiri ar rasa.
Yang pasti, takde game 'hesitation' dari syaitan.
Bulat hati untuk tanggung segalanya kerana Allah!
Ikhlas, cop cepat-cepat, tanya, ta’aruf, tunang, akad,
walimah.
Mudah kan? Selalu nampak nih kan?
Jaga isteri time mengandung, nanti ada anak kena tatang, tanggungjawab sebagai ketua, nafkah,
tambah lagi satu keluarga, MAINTAIN kebahagiaan, jaga ahli keluarga supaya tak jadi ahli neraka, jaga halal haram
untuk suapkan makanan...fuh, serius
banyak la. Seboleh-bolehnya, jadikan
keluarga kita nanti keluarga dakwah.
Susahkan?
Jarang nampak nih kan? Kesusahan yang
bakal diganjari syurga. Subhanallah.
Ok, baru tersedar artikel ni panjang sangat. Haha.
Cerita anak Ibu Lin tadi? Happy ending? InshaAllah, happy ending hanya di syurga, bukan kat dunia. Mereka bernikah dah.
Selepas 2 3 hari stay di rumah perempuan itu, lelaki itu bulat hati. Nikah! Kita
je belum lagi. Hoho. Cerita lebat macam dah kahwin. Nih namanya cerita daripada pengalaman. (^^,)
Cuba fikir. Kita nih
masih macam haiwan kalau kita anggap kahwin ni
sekadar memuaskan nafsu, nak ada
pasangan, beri makanan, bagi perlindungan, dapatkan anak, dan proses ni bakal diteruskan oleh anak-anak yang
membesar nanti. Scopes of marriage only cover that area. Apa bezanya dok?
Kata manusia ada akal, tang mana beza kita dengan
haiwan kalau kita buat perkara yang sama macam haiwan buat? Walaupun caranya
berbeza, tapi motifnya masih sama. Aih, jadi panjang lagi lak. Fikirkan. Ye.
Doa-doakan, kita semua IKHLAS LILLAHITA’ALA untuk buat
semua ni. Amin ya rabbul ‘alamin.
(hentikanlah berdoa dengan menaip kat mana-mana, doa pada Allah yang betulnya.
Minta orang lain doakan?)
source: deviant art |
bilamana dikatakan manusia. lebih2 lagi pada hari ini, menjadi tugas bagi du'at2 yang bernikah di jalanNya menyedarkan mereka yg disekeliling. Beruntunglah kita dalam lingkaranNya