Powered by Blogger.

Kawan-kawan, aku dah bertunang




Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Aimirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah (sahabat wanita) yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu...4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' (pengubat) hatiku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Aimi, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput aku time bernikahnya nnt tau, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan (dilamarkan) dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput aku tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau tak datang pun aku tak berkecil hati, doakan aku banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Aimirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Takpe la..silakan, aku puasa hari ni."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Aimirah diet eh. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... ...............................................................................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Aimirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Aimirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Aimirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Aimirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. Sedih tak terperi.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *****************************


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan” (Al-imran:185)

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

P/s: CPE dari Illa Hadi. Terima kasih. Mengingatkan. Aku memang selalu lupa.
P/s/s: fikir-fikirkan..kita mahu berkahwin kelak kerana apa?

Read more...

~ape ade dgn gambar~

Salam.

Ak belajar menyampaikan ape yg ak tau.
Jangan menyalahkan aku kalau kamu trase, sesungguhnya kebenaran itu perlu d'smpaikan walaupun pahit. Dan mmg sblum nih,ak pnh membuat ssorg itu trase dgn kbnrn.
Ak minta maaf ats tidak berhikmahnya ak ketika itu..ttp aku tidak meminta maaf ats pe yg ak dh smpaikn tu.
Ak mahu bljr bgaimna utk berhikmah..dan berhikmah itu bukn slalunya berlemah lembut, smpai satu tahap..kite perlu berhikmah dengan sebilah pedang...



ADA APA DENGAN GAMBAR?

Ok...ak rase maybe kamu yg membaca perkara ini pelik.

Mungkin gak masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang aku taipkan selepas ini.
Aku amatlah berharap kmu (wanita khasnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima dan menilai apa yg ak taipkn selepas ini...persoalan pertama.

Perlu ke upload gambar untuk tontonan umum? Nape?

1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh tengok aku selalu (wlupun restrict)
3.Supaya profile aku jd kunjungan ramai. 1ooo friends kot...
4.Hobi,ak suka dilihat cantik.
5.Tiada sape tegur, lagi2 orang lain pun suka tengok.

Sbb ape lagi? Bnyk....


KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA!

Tak ke kamu merasakan gambar2mu itu sungguh berharga? sangat2 berharga...silap2,org yg pertma kali melihatmu..mengalir air matanya krn menghargai kecantikanmu.

Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan utk pandangan umum? wahai wanita....


Tak salah rasanya (sebab berdsrkan survey) klu ak ckp ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..tak kesah la yg bertudung bagus atau tak,as long as wajahnya cantik...dan mampu melekakan pndgn lelaki2..

lelaki yg bertanggapan 'pndng sekali tu rezeki'
lelaki yg tidak ade org menyampaikan bhw perbuatan cmtu..totally wrong.

Terpk tak kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg lelaki keruntuhkan IMAN mereka?

Sanggup kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki? Dikira 'beruntung' jika begitu

Tak kurang gak yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu...walaupun kamu x terpk.
Kamu tau apa yang mereka bualkan dibelakang kamu? Mengucap pnjng (dgn sbnr2 mengucap) ak dgr kwn2 laki ak bile berckp ttg sorg pmpuan nih..itu ini..taknak ak smpaikn prkra jijik nih. Moga mereka beraubat. Jika kamu tau, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini...siyes cuak!

Diingatkan gak kpd kamu bahawa kemudahan skrg mkin canggih ari demi ari...(dah tau pun sbnrnya) tak ke kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As je,xpun print screen..boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer seorg lelaki...dan ak pnh jumpe org cmni. Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2?


INGAT!! zaman sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop dan lain2. x terpk? Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya..'biru' (lagi2 kite bukn peminat bnd tuh).

Time tu kamu mampu lg melintaskan ayt nih d hati.."wah..cantiknya aku" ?

"Bertuah"...'B' word. klu prkra ini terjadi,kemudian baru kmu nk nyesal. Apa yg mampu kmu lakukan time tuh? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...meluahkn prsaan pd

teman serapat kite yg dh bnyk kali mengingatkan
teman rapat yg x ingatkan mati
teman yg tgh bercinta ng org yg x halal bg nya
teman yg bertangguh utk berubah
mak ayah, adk beradik, manusia2 lain..facebook,blog,hmpir mcm2 medium nk smpaikn prsaan kecewa dan geram td..kucing,makhluk2 lain..pokok mungkin.

Nabi S.A.W telah menasihati umatnya...mencegah itu lebih baik dr mengubati (dah tau sbnrnya)


WANITA DAN GAMBAR

Perlu aku tekankan di sini..dengan hati yg sebak memikirakn ttg masalah2 baya2 kite yg len,bhw ak bukanlah musuh2 korg semua, bukan gak nak bermusuh, bukanlah ak nak mengaibkan ataupon menghentam korg semua...bukanlah ak memfokuskan artikel ni pd seseorg, tp ak adalah saudara seislam mu..sahabatmu, yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya..menjadi tatapan nafsu2 syaitan. Meskipun korg sudah lengkap menutup auratmu...namun tatkala fitnah mengundang, ia akan datang. Apatah lagi, yg tidak sempurna auratnya.

Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki?
Perosak ketaqwaan seorang Muslim ?
Dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan? ha?


Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... bukan main2.

Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....( mafhum)
Sedarlah wanita...sudah tiba masanya kmu sedar...

Sedar bahawa wajahmu itu hanya HALAL dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja..hnya smsa ikatan pertunangan wjhmu boleh di lihat berkali-kali oleh calon suamimu..hnya ketika itu. Dan strusnya, bila kmu dh mnjd pasangan sah.

tidak perlulah berbangga dgn apa yg telah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na' uzubillah. Bile2 mase nikmat tu akn d tarik, kalau tidak dgn cmtu, Allah akn melekakan kite dgn nikmat tuh...krna kite hina lg bodoh tidak mengikuti suruhanNya, hamba abdi...itulah kite sbnrnye d dunia nih. tp jgn menyempitkan fikiran, hmba itu miskin..x berduit. Allah lebih menyukai org2 yg kaya yg menggunakn hartanya pd jln yg btol.

Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan remeh ..atau satu alasan konkrit, hanya satu pesan aku..
Syaitan telah lame berkurun hidup lamenye dr zmn nabi adam, smpai skrg...die dh tau bermcm2 perangai manusia utk die tipu. hnya manusia yg btol2 berpegang pd al-quran (bukan pegang ng tgn cmtu je,baca..amal..n smpaikan) dan hadith shj yg selamat hingga akhir zaman. kite nak mati nnti kawan2...tau tak nih? (dah tau sebenarnya).

P/s: Kalau ade kesilapan ilmu d'smpaikn, sila betulkn aku.
P/s/s: CPE dr sini

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP