Powered by Blogger.

Kambing, lidi & kertas lubang-lubang




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Merenung, sambil menghembus nafas.
toleh kanan, toleh kiri.
scroll mouse atas dan bawah.
tuka posisi duduk jap. kurang selesa.
Eh eh, masih bernafas? Selepas empat perlakuan tadi?
Alhamdulillah, kita semua masih bertuah.

Hari itu,aku hampir-hampir terlupa.
Kalau aku ada seluar jeans, mahal mana or suka mana aku pakai...tapi kalau aku takde kaki, mana aku nak sarung? Kaki orang lain yang bakal sarung, kalau kaki palsu pun, takkan sama rasa 'kaki' nih... termasuk juga kain pelekat cap gajah yang selesa itu pun.

Kalau aku ada jam lak, tak kisah ar branded or 'cekai', TAG HEUER, G-SHOCK, cap RM10..tapi kalau aku takde tangan, camne ak nak guna? nak pakai? termasuk ar jam beli kat pasar malam mana-mana pun.

Haa..yang nih, sejak jadi kegemaran nih.
Katakanlah, aku dapat sebiji camera tahap pro pro pro...macam NIKON D3s or CANON 5DMKII...tambah lagi dengan lens macam2..gambar inshaAllah cun, macam orang ramai kata,'what you see is what you get' Tapi..kalau aku tiada biji mata nih, camne nak shoot gambar? mungkin jadi camni lak...

'what people describe, you just can imagine', nah.

Nasib baik masih ada otak yang proses kata-kata orang tadi. Tolonglah, bersyukur walaupun sedikit.


(55:34) Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?



HANYA SATU | FITRAH

Pernah terfikir?
Kita ada macam-macam jenis baju dan seluar, tapi ada satu baju je yg kita selalu pakai.
kita ada macam-macam buku, tapi ada satu juga yang selalu jadi rujukan.
kita ada tengok macam-macam webiste, macam biasa cuma satu je yang selalu singgah.
kita suka tengok banyak gambar, tapi ada satu je yang selalu terpahat di hati.

Apa lagi?
Kita banyak kawan ngan perangai macam-macam, tapi cuma si dia sahaja..yang selalu kita ingat.
Kita ada banyak la macam2, apa-apa yang kita ada..tapi, seperti biasa..cuma satu melekat di hati.

So, what's going on here?

Anda tak terfikir, tuhan itu cuma SATU..Allah s.w.t, tapi cuba cek hati kita...berapa kali kita beringat, yang perkara-perkara tadi Allah yang jadikan perasaan manusia begitu?

Kita, manusia..cuma mampu zahirkan perasaan ni cuma pada satu benda, di antara banyak-banyak tadi.
Tapi tidak Allah, Dia Maha Pengasih dan Penyayang. Berapa ramai manusia yang Dia sayang? Anda mampu?
Kenapa tidak kita betul-betul minat dua tiga benda,dua tiga manusia?
Kalau itu fitrah manusia, kenapa tidak rasakan kita cuma perlukan pada ALLAH yang SATU itu juga?
Masih tak terasa? Besar mana cinta atau sayang kita pada apa-apa dan siapa-siapa, cuma satu sahaja yang kita mampu balas.
Kenapa? Apalah sangat, nak dibandingkan..dengan cinta sayang Allah pada makhlukNya.
Masih cintakan manusia lebih dari segalanya? Fikir elok-elok.



KAMBING | LIDI | KERTAS LUBANG-LUBANG



Walaupun fitrah manusia, cuma minat pada satu-satu perkara...tak bermakna kita kena bersendirian.
Haa..tadi tentang cuma satu, kalau begitu kenapa kita tidak difitrahkan bersendirian...berseorangan?
Pening? Apsal lak?

Melayu, indah dengan macam-macam peribahasa.
Lidi sebatang, tidak mampu memberi manfaat yang besar. Barangkali cuma jadi penunjuk al-quran, tanda buku, cucuk kawan.
Lihat penyapu, lidi yang banyak. Ada ke orang sapu sampah ngan hanya sebatang lidi?
Kuat, susah nak patahkan apabila lidi disusun banyak-banyak, boleh sapu kawasan yang lebih besar.

"Bro, sekarang guna vakum la"
Cuba kamu kaitkan sebuah vakum dengan semangat perpaduan? Boleh?


Kertas?
Pertama kali aku dengar, tersentuh juga.
Sehelai kertas, senang sangat nak koyakkan.
Kalau susun berpuluh atau beratus helaian, cuba koyakkan. susah kan?

Tapi kenapa berlubang-lubang?
Katakan, lubang-lubang itu analoginya kelemahan manusia yang berlainan bagi setiap orang.
Kalau sehelai sahaja kertas yang berlubang, memang akan terus nampak lubang-lubang tuh.
Cuba, cuba susun..lapiskan banyak-banyak, lubang itu akan ditutup oleh kertas berlubang yang lain.
Kelemahan sudah dibaiki.


Perumpaan, yang dicipta daripada ilham manusia...untuk manusia sendiri. Kepuasan.
Manusia, apabila bersendirian..apalah sangat yang boleh dibuat.
Tapi, apabila beramai-ramai..berhimpun, berjemaah...cukup dengan satu gempitan, peh.
Meremang bulu roma.
Baru keluar suara ramai-ramai..belum gerak kerja lagi.
Semangat tak?


TERLUPA | ?

Subhanallah, Islam yang disampaikan..telah mendahului menasihati dalam perkara ini.

Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid”
[Hadith riwayat Ahmad]


Maaflah, aku tidak pandai baca bahasa arab. InshaAllah, pasang niat. Setakat nih, fahamkan maksud hadith ini. Senang untuk difahami.

Jadi?
Kalau anda merungut, anda senang terpengaruh...janganlah berseorangan, anda tidak sekuat apabila berdua, bertiga, berempat..atau ramai lagi. Tapi, mesti la kawan yang betul-betul boleh tolong.Bukannya lagi merosakkan. Harap, faham.

Jazakallah.
Moga amal ini diterima.



Teleng-teleng, si kepala kambing. Embekk~

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP