Powered by Blogger.

30.3.1976_MyGMJ

Bismillah. Hari ni dah 30Mac, 2012 di Amman, Jordan. Serius, sebelum ni entah apa aku buat pada tarikh yang sama. 30 Mac 1976 tanah rakyat Palestin dirampas besar-besaran. Tiap tahun , rakyat Palestin berarak di luar rumah beramai-ramai sebagai usaha berterusan untuk dapatkan balik tanah air diorang. Entah apa lagi usaha yang mereka dah buat? Aku baru hari ni nak 'sibuk-sibuk'.


Sweimeh, Al-Balqa' , Jordan. GMJ bermula. Kami bergerak dari 'funduq al-misk' pukul 9am. Kemudian berkumpul di first check point. Delegasi-delegasi negara berkumpul di situ sebelum menaiki puluhan bas untuk ke Sweimeh. Sampai di Sweimeh, kawasan 'family day' ni sesak, banyak bas dan kereta, berdebu, Dan! Dari jauh dah boleh nampak palestin. Subhanallah. Sekarang aku lebih merasai apa orang selalu kata.

"When you have something that very close to you,
but you cannot have it...what will be your feeling?"

Benda tu dah dekat sangat, tapi kau tak boleh nak milikinya.
Ah. aku ada task yang kena buat.
Seberang sana nu, Palestin dah tu! 2km jek!

Aku rasa aku sibuk, tak terfikir nak mara ke sempadan. Lepas ni kalau nak pergi Palestin or syahid mana-mana, make sure everything settled...minda bebas, tayah ada 'task' kena buat during the event..boleh pulak aku fikir camtu (rasa terbeban, baru sikit kot!). Keadaan perhimpunan aman, cuma ada insiden kecil bila mana 4 orang Rabbi Jews (yahudi) nak masuk ke khemah, seorang wanita marah giler dengan kehadiran diorang. Nasib baik dikawal oleh brader vest oren. Rupanya, wanita tadi marah sebab ahli keluarga dia kena bunuh oleh Israel...secara tak langsung, Jews dan Israel ada hubung kait. Sebenarnya, Jews ni ada 3 jenis yang ramai tak jelas. Yang dok pi sokong Israel tu, Zionist...yang tak sokong Israel lak, Ortodoks.

Rabbi-rabbi Yahudi dikawal ketat, dari masuk khemah, sampai keluar khemah.
 Pasan sepanduk tu? Aku tak pandai baca tu, thanks to Bro Sidi Habibi yang tolong translatekan. Maksud sepanduk, line by line: 


Yahudi Torah Sedunia
Tidak Mengiktiraf
Kerajaan Zionis di Tanah Suci
Kembalikan Pemerintahan Tanah Suci
Kepada Penduduk Asal

Yahudi, Jews, Zionis..keliru?

Sekarang, golongan Orthodox terpecah kepada beberapa approach terhadap Zionism dan kerajaan Israel (credit to Bro Luke Khidir) :

1. Anti-Zionism: Yang menganggap Israel adalah sebuah negara sekular yang tidak sah kerana melanggari 3 oaths dalam Talmud iaitu salah satunya telah mendirikan kerajaan Yahudi sebelum Messiah. Ini adalah pendirian asal Orthodox Judaism. Sekarang mereka didukungi golongan Edah HaChareidis (diseperti Neturei Karta "nkusa.org" dan Satmar). Mereka menubuhkan council sendiri di Jerusalem dan tidak mahu mengiktiraf autoriti keagamaan dari Israel. Golongan ini dipanggil anti Zionist Haredim (Ultra Orthodox Jews) dan adalah minoriti di kalangan Orthodox.

2. Non-Zionism: Ultra Orthodox yang menganggap Israel adalah sebuah negara sekular yang tidak ada kena mengena dengan Taurat tapi dalam masa yang sama, mereka boleh mendiami Israel dan memberi ketaatan sama seperti mereka memberi ketaatan di mana2 negara di dunia seperti semasa mereka berada di Eropah, negara2 Islam dan Amerika. Ini adalah pendapat golongan Agudat Israel (seperti Chabad dan Breslov) di mana mereka adalah majoriti. Mereka mempunyai parti politik sendiri untuk membela hak mereka sebagai orthodoks di Israel seperti hal ehwal kosher, melarang pembukaan premis dan kenderaan dipandu pada hari Sabtu dll.

3. Religious-Zionism: Yang menganggap Israel adalah the first manifestation oleh Tuhan dalam Salvation dan Messiahhood. Dengan kata lain, mereka percaya pada janji Promised Land seperti yang disebutkan sebelum ni dalam Taurat. Mereka menganggap dengan penubuhan Israel dan kepulangan Jews dari seantero dunia, zaman Messiah akan tiba tidak lama lagi. Ini adalah pendapat Modern-Orthodox Jews dari Europe/Amerika dan Middle Eastern Jews (penduduk Israel yang majoriti). Mereka adalah golongan kanan di Israel yang berkolaborasi dengan golongan Non-Zionism tadi untuk mengagamakan Israel dari segenap aspek sehingga membawa kebimbangan pada golongan kiri yang sekular di Israel. Ini yang Zionist nih!!!





GMJ bermula


Khemah tu juga menempatkan delegasi dari pelbagai negara. Aku jumpa balik Bro dari Morocco yang kat Cairo Airport. He used to speak Arabic and French, Ah...ralatnya rasa tak pandai cakap Arab. kelas Arab dengan Thabit dulu tertangguh camtu sampai sekarang.


Bincang dengan Bro Khabbab, ang pi guna Tele, aku guna wide. Ok. nak tukar-tukar lens, risau den...pasir berterbangan bebas masuk ke hidung, apatah lagi lens. huhu, terima kasih kepada housemate! Azree Hanifiah sebab bagi pinjam.

Tapi seriously, I missed a lot of moments. Time tu nak rekod video, time tu nak ambil gambar, time tu cari line nak buat live-cast. Sungguh tak proper aku buat kerja. Aku sangat berharap aku ikhlas, orang-orang yang ikhlas ni tak kisah pun kalau orang lain tak appreciate pun..nak orang appreciate baru kerja jalan? What? I know that's one kind of fitrah, tapi tak boleh la nak bermanja sangat. Sebab dia buat kerana Allah, so takyah nak emo-emo Jang. Continue your work.

Mendengar khutbah jumaat berdiri, dengan imam bersama puluhan mic and video stand, kerusi dan teks khutbah di tangan, tanpa mimbar..ia merupakan satu pemandangan baru. Habis khutbah, cepat-cepat buat saf untuk solat di atas padang pasir.


Solat jumaat di atas padang pasir, berhimpun juga di sini.



Pentas ini digunakan oleh Imam untuk sampaikan khutbah, kemudian menjadi pentas ucapan wakil tiap negara.






Tuan Norazmi Talib, mewakili Malaysia..untuk Palestin.

Apa harapan mereka sebenarnya? Pernah kita cuba nak rasa?

Iye iye...bendera Palestin di mana-mana.

Antara pelajar Malaysia di Jordan yang bersama. Moga Allah terima amal kita ini.

Habis? What's next? Badan aku masih satu jasad, juga manusia-manusia lain. Bau wangian bak kasturi tiada, darah tiada..semuanya aman. Pulang membawa diri, tapi hati setiap orang masih kat sini. Palestin, next time aku datang aku akan bawak kawan-kawan lain. Amin ya rabb.

Read more...

29.3.2012_MyGMJ

Dah siap kemas ke belum ni? Check semula, haishh. Aku rasa semua dah ok, technically. Somehow, aku rasa masih kurang. percaya tak percaya, ramai akan ingat..."Wah, orang2 hebat je ke sana, manusia-manusia suci je ke sana, Ibadat powerful". Tak, tanya la few guys yang ikut sama. Aku? Aku rasa aku hampeh tentang tu. Konon nak jadikan alasan, penat itu ini organize itu ini...alasan memang macam2 habis...ibadat slow-mo, ruhi-almost zero.

Allah! Aku bersalah, aku takut aku bawa maksiat je ke sana. Aku rasa, aku nak sujud sampai ke teras bumi, boleh ke? Sessungguhnya Allah itu sangat dekat dengan kita semua!

Kami bertolak dari gombak, 5.30 petang...ramai juga geng-geng UIA yang datang. Sebelum gerak, doa dan ucap 'selamat' dikatakan. "Selamat pergi dan balik". Wallahi, aku hairan kenapa 'balik' disertakan. Sampai di KLIA, around 7pm...dah ada peserta yang sampai dlu, En. haji mat Daud. Alamak! "Tunggu kami depan surau di tingkat 5 ye Pak cik"

Brother-brother UIA yang tolong hantaq kami. Maceh!

Kecoh jugak la, bila dah kul 8pm to tak check in lg. Atter solat maghrib tu.. masing-masing bajet cool, hoho. Time tu nak arrange peserta, time tu nak ambil gambar, time tu nak briefing. Aku ingat lagi, dalam perjalanan...bincang itu ini nak buat apa kat airport...tan trang tang, hee..terima kasih kepada yang menolong kami.

Kami terkejut, ada banner muka aku, aiman, muaz. Ya Allah...ujian hati ke ini? Aku teringat hadith tentang orang yang syahid, tapi sebenarnya mereka ahli neraka. astagfirullah!


23 orang rakyat Malaysia, dari pelbagai latar belakang.

Ok, kena naik train rupanya untuk ke kapal terbang Kat KLIA. Sempat borak-borak kejap dengan group kami...Haji Mat Daud, Dr. Zolkepli, PC Zun Arif dan PC Badrul. Ada kawan dari MAPIM tu, dia baru dapat anak 3 minggu lepas! Anak first lak tuh! Huhu...isteri masih dalam pantang tu, cekal betol join GMJ ni.

Small wave

We transited at the Cairo International Airport and we have to wait about half an hour before proceed to the final destination. After 7 hours of being treated as chickens, 3 times of meal, in a floating barn, limited space to move, we managed to return to our human sense when i started to think our niat, our mission of the journey.

Rasa la tempias al-azhar tu...tempias 'Kang Azzam dari Indonesia?'. Bro Farhash habaq, rugi jugak la kita dah sampai Cairo tapi tak sampai Cairo..tiket la yang mahal, daily expense murah. Fuh, I called that consistency of intention test...ni nak ke Palestin ke Mesir? Nak mati kat Palestin ke Mesir? There are few peoples wearing the Palestine scarf. Some of them are sitting, coffee-ing, and watching videos. We haven't reached yet at the Amman, but we could see small wave are generated before it hits the Israel beach. We really hope the Israel cannot predict the form of the wave. Nak syahid...harapnya.

Brother Abou Ismail and represantatives from Morocco with En. Haji Mat Daud.

I was attracted to the youtube group, what they are watching actually? I greeted them with a calling peace and begin our chat. "We're from Aljamaa, Morocco", Brother Abou Ismail introduced themselves. They are going to the march also! They can be contacted via aljamaa.net. They formed a group of 30 while us, 23. It doesn't matter.

Kalau tadi Kat KLIA guna train, kat sini guna bas untuk ke big bird. Sempat la ambil gambar kat depan burung tu. Someone was staring at us. ok, enough. let's move.

10am Di Jordan, 4pm Di Malaysia. Waktu Kami sampai Di Queen Aleya airport. Sampai-sampai, tukar duit dari EURO ke Jordan dinar. Untuk ke Jordan, kita kena convert duit RM ke EURO atau USD dahulu. Dinar lagi mahal dari EURO dan USD tau...mahal 4 kali dari RM. Bro Muaz sempat borak dengan someone.

"Come join us, tomorrow."
Where?

"Al-Balqa. We will join Global March to Jerusalem, to show our solidarity for Palestine."
Oh, inshaAllah. I'll come.

"I think you're Palestinian? No, I originally from Jordan."

Aku perasan something. Jordanian do not know what will be happened tomorrow. She asked where the event will take place. Negara diorang tak promote GMJ ke ar? Promote gak, tapi tak meluas. "Dorang kan ada hubungan baik dengan Israel", Bro Farhash habaq. Tapi ada news yang kot yang Jordan support program ni. Sama macam Malaysia, bukan kesemua 26 juta penduduk Malaysia tahu tentang MyGMJ.

Amman, Jordan

Sampai jugak kat Queen Alia Airport, Amman, Jordan....selepas 15 jam perjalanan! Masa nak ambil beg dari scanner, nampak la sorang auntie tu. Pheww, banyak tol beg dia..3 ke 4 bijik. Besar-besar lak tu.

"Excuse me, Madam. Can I help you?"
Oh thanks..thanks. Thank you. You are so kind...aku cair jap dengan penghargaan dia. Ikhlaskan hati.


"Where are you going?"
Oh...I'm going to Bethelem for three days.


"Uh? Sorry?"
Bethlehem, Palestine. I'm bringing a lot of toys inside all these luggage. I want to give to Palestinian child.


Wow wow wow. Aku kagum jap. Kagum sampai lupa nak mintak email dia. Aku dok sibuk bawak keperluan sendiri, dia bawak barang untuk kanak-kanak Palestin? Astagfirullah.


Mak cik hebat! Beg-beg besar tuh ,sebelah dia tuh




Ada student Malaysia yang tolong ambil kami, saudara Hafizuddin...terima kasih! Mulanya ramai la gak student Malaysia kat sini yang nak join...around 500 from 2000 population, tp ada ujian bagi mereka...kedutaan tak bertanggungjawab kalau join, lagi satu mereka ada acara sukan tahunan. So the numbers decreased drastically.

Dr. Zolkepli, Bro Hafiz (driver sweet kami), Bro Farhash dan En. Badrul kat Queen Alia.

Kami jalan-jalan ke Al-Balad, Old Amman. Most of the buildings have the same design, squarish shape and brownish color. Sebab apa? Terserempak dengan few students di restoran Kaherah...makan mansof dan mas'uzi. Lauk kambing dua-dua tuh. Aiman nak merasa ayam panggang tuh..beli la jugak....

Student Malaysia kat depan Kaherah Restaurant
Malamnya ada briefing untuk esok. Pak cik Azmi kata, "We will not march into the Jerusalem. Make the tomorrow even as a family day." Pernah dengar bunyi mesin alat pernafasan. "Teettttt...............". Allah, tengok muka Aiman kecewa...down. Aku dah tahu dari awal, memang la objektif program takkan masuk ke Jerusalem pun! Tapi... mindset kitorang adalah untuk masuk ke sana! Mungkin ini ke caranya Allah tak nak kami syahid sekarang? Mungkin begini tak menjadi ahli neraka? Mungkin Allah nak kami lebih bersedia? Wallahu'alam. Kita tengok dulu macam mana esok.



"Esok harap-harap ada Pak Arab yang extreme, kita join dia.", Aiman kata.
Yeppp..kami berharap ada spark berlaku esok. Sebab Sweimeh, Al-Balqa tempat berhimpun esok ni hanya 2km dari sempadan, bukan 15km. Allahu akbar!

Read more...

"Boleh tak Ma, angah nak ke Palestin?"

Yes! Home sick home datang lagi. Aku call mak aku la, apa lagi. Borak punya borak..ada statement 'tacin'. "Mama dah terasa sunyi ni, dulu adik ada kat rumah ni..boleh jugak borak-borak, tapi adik pun dah tak duk umah ni. Abah pun asyik keluar kerja je. Memang sunyi la bang.."

Haipp haipp haippp. Semangat langit dijulang tiba-tiba merudum menyembah tanah. Aku, ahh. Apahal aku ni? Terasa kena cucuk dengan jarum yang paling halus, kat tempat yang paling dalam, dalam hati. Mengalir sedikit, air mata lelaki. Kata-kata malam tu sah-sah bukannya dengan perasaan kosong. Berisi. Camne aku nak beritahu mak aku ni?

Kalau aku pergi kejap, ok la. Buatnya aku hilang terus camne?

"Mama, kalau angah ke Palestin macam mana?"
Entah la angah, mama tak terfikir pun. Angah tahu tak nanti ada kerja kahwin hujung bulan depan?

Mama ubah topik, laju. Abah ok je, lelaki memang cool. Abah kata, "Awak pergi untuk tujuan baik, ok la tu...bukan saja-saja, berfaedah kan?"

Bos yang baik

Kalau aku pergi kejap, ok la. Buatnya aku hilang terus camne? Sebelum duk pi habaq kat mak ayah, aku habaq awal lagi kat boss. Sebulan sebelum GMJ bermula, aku saja-saja tanya, dengan harapan senang-senang dijawab. Apa yang buat aku mudah nak tanya? Sebab boss aku baik. Haaa. Dulu, dia ada staff yang mengikuti jemaah tabligh...you know what? Dia luluskan cuti 40 hari tu! Lama tuh!

"How are you going there?"
Oh. We will be going by a plane and will be landed at Jordan. Then we'll march to the barrier between Amman and Palestine.

"How are going to enter the Palestine? There are a lot of Israeli soldiers there?"
I have no idea.

"Is it worth for you?"
Ya of course, I'm not living for this world.
I'm not going there because I just want to be there.....but....

"Ok ok ok, i will not care about it. Whatever it is, you must really focus to your work. You need to separate between work, and whatever activities you have involved.

Nak kata orang yang kata camtu tak bagus? Jangan, sebab anda tak tau cerita sebelumnya. Aku ada buat silap, tapi dia tak tengking pun, tak marah aku dengan suara tinggi pun. Dia cuma cakap, "This is wrong Hisham". Masuk ke dalam hati, tepat ke hati.


Bersalah


I slowly feel that I can’t comfort myself with materials, with the world. I am looking for a ‘why’. Semalam, lauk macam-macam. Ikan goreng pelaling, sambal belacan, tempoyak patin, rendang ayam, dan daging taucu. Aku ambil sikit demi sedikit. Oh ada lagi, kerang rebus. Sebabkan aku homesick, banyak gak aku makan. Puas mama tengok aku makan.

Tiba-tiba, aku teringatkan mereka. Mereka dah makan ke belum? Apa yang diorang makan time nih ar? Aku rasa bersalah dengan nikmat yang aku dapat sekarang. Macam mana nak share dengan diorang ar? Terbaca lak buku, “Syeikh Ahmad Yassin, Bapa Intifadah Palestin”.

Haram bagi kaum muslimin tidur dalam keadaan kenyang. Sedangkan saudara mereka di Palestin tidak menemui walaupun setitik air untuk melegakan kehausan mereka”

Ah. Perasaan apa nih? Ayat tu ada kat muka surat 48. Forth last from the paragraph. Spesifik sangat kan aku ingat? Mana taknya, aku baru baca buku-buku macam tu sejak-sejak ni. Sejak aku pasang niat nak ke sana, i know that I have to prepare something. Aku mula kurang baca online comics, faham-faham la apa..NARUTO ngan BLEACH. Latest chapter aku baca Madara tengah lawan dengan NARUTO yang dah berjaya kuasai Kyubi. To be honest, aku rasa kagum dengan plot tuh. But then, I questioned myself, kenapa aku susah nak rasa kagum dengan orang-orang Palestin?

Pandangan setiap hari terhadap dunia cuma membangkitkan nafsu. Nafsu yang cuma mengulangkan kepuasan hidup. Hari ini aku rasa puas, esok aku rasa lesu. Hari ini aku dapat sesuatu yang best sangat dalam hidup, esok harinya berlaku sesuatu yang sedih sangat dalam hidup. Kita memang ada kitaran hidup, dan apa yang kita buat selama ni hanya mengikuti kitaran kepuasan. "Circle of satisfaction"

Tak cukup duit mak!

"Err..excuse me Sir? Can I request something?"
Ya sure. What is it?

"Can I have my salary in advance for this month? I think you know why right? We have discussed about this."
Oh, ok ok.

"Just make sure you will not disappear after that." He was smiling at the moment and seriously, I couldn't understand its meaning.


"Excuse me, you have been living here in Malaysia more than 15 years. You deserved to change your nationality to Malaysian right?"
I don't want to be. At least I can go to Jerusalem.


He looked at me and smiling. Sabar je la. I'm emotionless.

I went back to my parent's home. Ada si kawan kata, "cuba la beritahu mak ayah, mungkin mereka boleh tolong kan?". Sebab aku tak cukup duit pun nak ke sana. Betul jugak tuh. Aku pun apa lagi, semangat jadi driver ke mana-mana masa balik tu.

"Bismillah, aku harap aku dapat suarakan hasrat aku nehh!".


Macam hasrat nak kahwin? Tak.Bah, Biar angah drive. Ok. Borak punya borak...aku macam tak sedar la jalan tu makin kecik, dan aku bawak laju dari biasa. Kat satu selekoh tu, lori dari depan pun macam laju.

"Wosshhhhhhh", bunyi angin berpusaran di tengah-tengah kereta dan lori. Macam tu la kot bunyinya. Tayar sebelah kiri, terlanggar tepi jalan, dengan rim-rim sekali. "Allah, apa yang bergesel tadi?"

"Angah, stop kereta dulu". Abah memang cool. Signal kiri, switch on emergency light.
"Allah, apa aku dah buat nih....". Kepul asap ada, bau hangit pun ada. Tayar kiri depan pecah. "Cancel la nak suarakan hasrat aku tadi."

Allah, mana lagi nak cari duit? Aku ingat Aiman kata, "Kalau kita betul-betul ikhlas, ana tahu Allah akan tolong kita nanti!". Aku harap aku dapat jadi macam Ikrimah dan 2 orang lagi sahabat, utamakan orang lain walau dah nak mati. Amin! Kebetulan, kami tiga orang.


Ingat-mengingatkan itu sangat perlu...tentang amal-amal kita, sebab tu ada mutaba'ah amal. Amal yang akan diterima Allah bukannya macam main dart, jelas bull's eye kat mana. Tapi macam titisan air yang mana lekukkan batu sedikit demi sedikit.


Keperluan nak beramal, ada masanya bergantung kepada banyak mana kita ingatkan mati. Kita selalu dinasihatkan oleh orang yang telah dinasihatkan terlebih dahulu, "sentiasalah mengingati mati". Susah kot, nak rasakan mati tu bila-bila. Hanya sebab kita tak tahu mati bila, sebab tu kita rasa masa tu panjang. Masa tu macam emas? Lagi berharga dari emas? Titanium? Tak bro. Emas kalau dah habis stock, boleh cari lagi kat mana-mana. Boleh gi beli lagi kalau dah habis. Pernah kita beli hidup kita yang dah terlepas? Takkan boleh walau sesaat, walau ditebus dengan satu zarah emas pun.

Lagi la tak cukup!


Lagi seminggu nak pergi. Aku dapat berita dari pak cik. "Kami terpaksa hadkan bilangan peserta yang akan menyertai sehingga ke Jordan. Kami juga terpaksa mengurangkan bajet kami. Jadi, AJK yang akan ke sana perlu bayar sejumlah rm3000 seorang".


What? Wait wait wait. Last time we just need to pay Rm2000 only. Ada 4 orang AJK. Allah, Allah..Layukal kifullah hunafsan illa wus'aha. Aku tak amik port. Aku merasakan itu cuma kata-kata manusia, nothing is more powerful than Allah's order.

Aku lupa, gaji aku bulan ni tak amik lagi. Fuh, alhamdulillah. Boleh guna, ok..alhamdulillah cukup duit. Tapi,  duit je ke? Dalam ayat ke 20, surah at-tauba, orang yang berjihad ni...sanggup korbankan harta benda dan JIWA..dan JIWAAAAAAA!. Aku makin terasa. Sedikit demi sedikit aku diuji. Allah, layukal lifullah hunafsan illa wus'aha!


Lagi dekat nak pergi, lagi ... la...aku rasa banyak lagi tak cukup.

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP