Powered by Blogger.

Pegang Kotak Hati


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
selamat sejahtera ke atas semua.


Dah puas pegang?
Pegang apa?

Selama nih aku cium tangan mak, bukannnya dengan hati kosong.
Peluk abah, dengan harapan Abah peluk lagi erat daripada aku. Alhamdulillah.
Along dulu garang bukan main, takut aku. Dekat-dekat nak kahwin tahun depan, ermm..ok ar kot.
Teringin nk cium dahi adik abang, tapi segan. Alahai. Nasib baik diorang dua tak tau blog aku nih.

Aku pergi balik dari rumah ke universiti 4 jam perjalanan, bukannya takde tujuan.
Jumpa dengan kawan-kawan yang macam-macam punya perangai, langsung tidak untuk pergunakan diorang.
Baru kawan-kawan, pensyarah?
MashaAllah, lagi hebat penangan perangai-perangai mereka yang lagi macam-macam.

"Kau belum masuk alam pekerjaan, ini kau kata sibuk? Banyak lagi manusia kau tak jumpa!"

Pernah dulu, takuk kegenangan hati ditenangkan oleh si dia. Langsung, tidak fikir itu dosa.
Gembira, tenang, relaks. Aku hairan, kenapa dengan dia aku jadi camtu?
Sampai satu tahap, aku cuma boleh katakan:

"Aku ada hati untuk ambil berat tentang dia, tapi aku ada 'sempadan' untuk tidak cintakan dia lagi"
Sempadan apa nih weh?
Muhammad s.a.w, lebih cintakan aku, keluarga, kawan-kawan dan umat manusia yang lain.
Aku skema, tengok video nih ---> Muhammad cintakan umatnya

Bersyukur, aku sedar.
Tapi, mesti ada tapi (ada 'seorang' yang tak suka dengan perkataan nih).
Keluarga aku sedar tak?
Kawan-kawan aku sedar tak?
dan dia, dah sedar tak?



KRITIK | SENTIASA


Niat bukan nak mengomel, tapi engkau sedar tak?
Hidup nih tak boleh lari daripada Pak Cik Kritik. Setia dengan diri, dekat dengan diri.
Lagi dekat daripada baju seluar yang kau pakai.
Lagi lagi dekat daripada kulit pada badan.
Tapi tak la sedekat Allah dengan hambaNya atau malaikat pencatit amalan 24 jam. Hanya Allah Yang Tahu.

Si pemimpin mahu bina Menara Baru.
A: membazir giler, ramai lagi rakyat miskin. Baik belanjakan ke situ lagi paedah ler!
B: Saya sokong, ia boleh jana ekonomi negara kita tau. Korg tau apa? Tanya dak2 civil.

Si lelaki sibuk bercintun
A: Dia tak takut Allah, tak rasa ke yg tuh dosa besar??
B: Ya Allah, doakan dia supaya menyedari cintaMu, hidayahMu lebih berharga dr semua itu ya Allah.

Si budak selalu score dalam kelas
A: Ah, menipu je kijo. Dapat ar engkau markah tinggi. Pastu menunjuk-nunjuk.
B : Tak, dia memang genius. Tak, dia memang rajin.

Si '_______'
A: Apa la, btau ar awal-awal..susahkan kite jek uat keje banyak2. dh ar tak tau nk buat.
B: Mangkuk, yang ko x gi kelas apsal? Ko dah x faham, kenapa tak tanya?


Manusia sentiasa memberi respon pada sekeliling, samada dengar, baca, tengok.
Tapi tak sedar samada kritikan itu betul atau tidak.
Tidak kisah cukup anggota atau tak, normal atau tak.
Hidup tak habis-habis nak kritik orang lain, bukan diri sendiri.
Hidup tak habis-habis nak merungut, sebab tak nak buat.



PEGANG | KOTAK HATI





Pegang kotak pensel itu boleh, pegang mouse ini boleh, pegang buku itu boleh. Boleh dialih-alih.
Hati?
Kotak hati kat mana?
Nak letak kat mana?

"Aku tengah gembira nih, aku nak rasa sedih pulak ar." ---> Gilaman.

"O Allah, how can I hold this feeling with my bare hand?" ---> Mengharap sesuatu drp Allah.

Banyak sudah, benda-benda yang aku boleh pegang, baling, letak, tenyeh, sentuh.
Fizikal menyentuh fizikal, dan hati merangsang fizikal untuk membuat sesuatu.

Takkan aku kena tolak dia bersembahyang kat surau?
Takkan aku kena cubit dia sebab tak ikut cakap aku?
Takkan aku kena paksa dia yang tak faham-faham couple itu haram, couple islamik itu tiada?


SO? | JADI?



Aku tak boleh pegang kotak hati aku.
Aku akan rasa apa yang patut aku rasa terhadap sekeliling.
Dan aku tak boleh pegang kotak hati siapa-siapa.
Walau anda setia (kononnya) pd dia, hakikatnya Allah boleh tarik rasa setia itu bila-bila.
Sudah la cara 'setia' itu tidak betul, masih mengharap berkat?

Apa yang aku rasa dalam nih hati, aku kena masukkan dalam hati dia.
Aku hamba, dia juga hamba.
Aku rasa diri ini hamba, tapi mengapa tidak dia?

Bagaimana?
Cuba kempen-kempen nih.
Kempen "Let start the conversation"
Kempen "Ikat hati"
Kempen "Fikrah Islamiah"
Kempen "Tegur-menegur bebaik"
Kempen "Jangan pandang serong kat orang lain"
macam-macam lagi la.

Semua itu dakwah, menyeru kepada kebaikan, melarang kepada keburukan.
Tak sedar eh kau pernah berdakwah?
Itu antara tanggungjawab orang islam.
Satu sahaja nasihat, jangan jemu. Jangan putus asa. Engkau Boleh!

Nak berubah? Jangan tunggu sem depan, sekarang der.

marinata  – (January 11, 2011 at 5:31 PM)  

suke post ni. Thumbs up!
Dh mcam puisi
nak amek letak kat blog bleh? Hee

akmarhisham  – (January 12, 2011 at 12:54 AM)  

erm. nk edit pun takpa,biar lg ramai org sedar.

taffadol!

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP