Booth
Salam alaikum...
peace be upon u...
Dan selamat sejahtera....
Life got uncountable moments to experience. There’ll be always...and always unpredictable moments in life with only 2 different situation, either we prepared to face or not. Hari tuh, ak diamanahkan (huh!) untuk menjaga booth jualan barang2 utk sumbangan ke Palestin di bawah NGO AQSA SYARIF tanpa kutipan untung. Saja-saja nak mencuba benda baru..cabar diri, hamik kau. Ponteng program lagi satu..huhuhu T_T.
MACAM-MACAM
Syukur alhamdulillah...aku jumpa manusia-manusia baru dalam hidup tanpa diketahui latar belakang masing-masing.
Melayu, Cina, India sama-sama menyumbang menderma dlm tabung Palestin...yang dimulai dgn nilai 20 sen dan kemudiannya separuh tabung penuh.
Melayu, Cina, India sama-sama membeli coklat AQSA SYARIF..sedap tau...ada dua jenis, almond atau tak. Buatan Skudai, so Buatan Malaysia lah kan.
Melayu, Cina, India dr macam-macam peringkat mentaliti sama-sama ada soalan yang menunjukkan keprihatinan masing-masing...
“Ee....takutnya nak tengok. Betol ke nih, betol ke gambar-gambar nih bang??”
“kenapa dia kena tembak sampai camtu, pecah-pecah kepala dia tuh?”
“A..Q...S...A...what it this?”, mengeja satu-satu huruf.
“Boleh mintak diskaun bang? Jadi rm20 lah..boleh tak?”. Padahal harga t-shirt rm25..huhu.
“Kurma nih rm15 ye?”
Tapi dalam masa yang sama, ada pihak-pihak yang mempersoalkan..
“What is the purpose of showing this bunting?”
bunting with horific image of the murdered As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, unrecognized leader of group of people who protects their own land from world recognized entitled illegal country...
and then he leaved,"dont waste your time here son”..seseorang berkata kpd keluarganya.
“This is totally bullshit”
Words from the other person, yang aku confused untuk aku gelarkan seorang islam atau tak..chinese look, like son like father, anaknya pun chinese look..but we’re talking about current issues, fluently saying Allah Ta’ala, Nabi Muhammad S.A.W, Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Abdul Aziz.
“Bagaimana tentera Amerika boleh tau Syeikh Ahmad Yassin ada kat situ?”
“Bagaimana tentera Amerika boleh tangkap Saddam Hussein?”
“Bagaimana negara Islam lebih kotor dr negara bukan islam?”
“Bagaimana israel dapat peruntukan wang yang banyak utk dapatkan senjata-senjata canggih manggih?”
“Bagaimana org bukan islam yang amalkan sebahagian inti-inti islam tapi si seorang islam tidak?”
Dan akhir sekali....
“masih ada ke orang islam yang bagus? I can say NO”
Mahu tak mahu...org islam sendiri yang menyebabkan semua ini berlaku..tangan-tangan penganut islam sendiri yang buat semua itu. Fakta yang telah berlaku..dan sejarah yang tidak boleh diubah. Aku terkedu. Selama ini aku cuma membaca pengalaman orang lain tentang si islam yang menceritakan keburukan sekaum, tapi kali ini aku orang lain pula yang membaca pengalaman aku.
PERASAAN JUGA MACAM-MACAM
Astaghfirullah...jika aku mampu menjawab soalan-soalan tuh, mungkin aku akan jd puas hati sbb dpt counter attack..mungkin jd lg bangga tahap riak giler. Situasi realitinya adalah, aku tidak mampu menjawab on dat moment..dan aku geram. Peh. Geram siot. Orang islam memburukkan islam sendiri. Kalau geram lebih teruk, berdendam..mungkin mengutuk dia balik. Tak, aku tak boleh buat camtu...kalau tak apa bezanya aku dgn dia? Ak dengar, dan dengar..disamping brader2 lain yang jaga booth. Si bapa itu, kemudian minta izin..dan memberi salam, “Assalamualaikum”. Namanya melayu..anaknya juga. So? Aku tertanya-tanya,apa point sebenarnya nih..dah ar aku konpius lagi.
Sekarang susah nk bezakan mana satu melayu,cina, india, islam atau tak. Sebab? 1 MUKA. Muka kita hampir2 sama dgn orang lain..bukan sebab naturally, tapi ideologi dan indoktrinasi..pemikiran yang diperap dalam kepala-kepala manusia tak kira agama oleh agenda Zionis. Lalu diamalkan, untuk berjaya ikutlah cara orang barat. Kawalan minda hebat dikawal oleh mereka tanpa sedar. Kita-kita merujuk mereka yang satu itu, bukannya panduan dari Allah Yang SATU (ESA). Banyak sangat, tengok-tengok la ‘The Arrivals’ kat facebook..inshaAllah faham-faham sikit. Bukan kebetulan.
Terima kasih Allah...dan juga Bro Akmal (Cikgu Hairul Akmal). Ditakdirkan oleh Allah, digerakkan oleh Bro Akmal jam 10 malam.
“Free tak esok? Ada aktiviti tak esok?”
Senyum tawar manis pahit ada, hati pun macam2 la rasa. Makin besar hidup, makin lama hidup, makin bertambah umur, makin banyak la kejadian first time dalam hidup. Jom ar rasa sama-sama erti hidup. Macam-macam persepsi orang lain yang kita tak kan dapat jangka. Jumpa-jumpa la manusia-manusia lain di muka bumi untuk sediakan diri dengan soalan-soalan killer. Anda islam, tapi anda tidak dapat jawab soalan tentang islam itu sendiri.
Anda malu bila anda tak dapat jawab tarikh lahir mak ayah, tapi anda rasa biasa bila anda kata tak tahu tarikh lahir Nabi Muhammad S.A.W.
Anda orang Malaysia, dan mereka orang negara Arab. Takde kaitan la ye? Mari tukar. Kalau budak tingkatan dua boleh paham, takkan korang tak cuba utk paham gak kan?
“Adik tau tak apa kaitan kita ng orang-orang palestin kat sana?”
“Tak”
“Kita..orang islam, dalam rukun islam pertama yang adik ada belajar tuh. Rukun islam pertama adalah? Mengucap dua kalimah syahadah. Diorang pun, camtu juga. Penah dengar kan orang islam itu bersaudara? Mereka dan kita, buat perkara yang sama. Jadi, mereka juga saudara kita. Sebab tu kena tolong. Tapi kita tak dapat pergi sana tembak, lawan askar-askar jahat tuh kan?”
“A’ah la bang. Kita tak dapat gi sana. Camne nk tolong diorang?”
“Kan...walau kita x dpt g sana, kita still leh tolong diorang. Dengan membeli dan sumbang duit ke sana, tu salah satu cara juga. Adik beli nih, membeli sambil menderma. Sambil menolong orang-orang palestin. Kita buat apa yang termampu, supaya allah tak persoalkn tindakan kita bila saudara kita susah..kita tak buat apa. Lebih baik buat, walaupun kecik.”
“A’ah bang. Saya nak beli la satu. Nak badges nih satu. Berapa harga?”
“RM 2.50 dik”
“Saya beli apa yang termampu bang”.
Okeyh, selamat kembali berblog. Seriously, lebih 2 bulan tak update. Disiplin kurang lagi. Mari usaha!
Jumpa di lain post. Salam.
Tahniah sahabat...Usaha dakwah mu semakin besar..moga terus thabat..doakan aku jua spt mu..
nak join? bley je. ngah cari orang nih. stick in a group is right, tp jgn lupe utk bershbt ng group lain lak. dua2 nih perkara yg baik utk d'buat.
"Yang saya paling risau takde common sense ni ialah selalunya mereka yang berwatakan pendiam, baik, lurus dan sentiasa berbaik sangka.
Kebanyakan mereka ni jenis yang berkawan dengan sejenis manusia sahaja. Contohnya berkawan dengan geng usrah aje, tak campur dengan orang lain.
Memang dalam usrah mengajar erti amar ma’ruf nahi mungkar. Tapi kalau tak reti nak bertindak ke atasnya, tak guna juga.
Sama juga kes siti Aminah di atas, beliau seorang jurusan agama tetapi kesian kat doktor jahat yang tak bertempat (taknak buat aduan takut mengganggu rezeki doktor tersebut).
Mereka juga tidak bergaul dengan kumpulan umur yang lain. Tak pandai bersembang dengan orang tua. Kalau ada pun cuma semasa cuti semester baru berjumpa orang lain yang di luar kelompok mereka.
Keburukan tak bercampur dengan orang lain ini ialah mereka tidak mengenali ragam perangai dan budaya manusia yang lain."
-ummusaif
sumber :
http://saifulislam.com/?p=4725
klu de terslh fhm, bek btau awl2.
stay in a group adalah perkara yg bagus. teruskan~