Powered by Blogger.

Petaling Street | Street Dakwah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Peace be upon you!

Berdiam diri sudah, mendengar sudah, bila nak start bercakap? Pak cik TAXI yang buat bisnes MLM LUXOR lagi hebat promo depa. Baru-baru masuk taxi dah bukak cerita LUXOR. Ah~ Dengar + tensi. Tensi bukan sebab mendengar, tapi aku terfikir.

"Kenapa aku tak sesemangat dia utk promo islam?
Where is our motivation to share about islam?"

He knows how well LUXOR give benefit to this life, simpanan 250k dalam masa 6 bulan, income for each month almost 4k. Pfft. Woi, heaven is far better than all of that..why do i shut my mouth? Why don't I promo Islam like he did?

Reality. Samada tak faham kenapa islam is so wonderful sampai nak 'simpan' sorang-sorang, atau tak tahu start camne, atau...pfft. Banyak lagi alasan. Stop it, just do it at first place, then you'll learn from the experiece. Priceless experience.

Petaling Steet


Nay, I always critic my own spirit (read: myself).
"Kenapa kau senyap? Buka mulut tabuley ke?"

That's it, this is the moment. Serius, memang kena paksa diri sebelum kita betul-betul dapat buat dengan kasih sayang macam missionary lain yang buat perkara yang sama. Coki, Bro Amirul, Dr. Azrin, Hajar, Farah dan lagi sorang lagi..we are in a group. Hujan lebat dari Setiawangsa, alhamdulillah sampai kat Maybank stesen Pasar Seni..reda.

"Ok, luruskan niat". Pecah 2 kumpulan. Baru je nak berjalan, lalu a couple from China..."alamak, apsal awal sangat depa muncul, baru nak tarik nafas, aku tak ready lg kot nk susun ayat!"

"Hi, ..." Hajar menyapa. Terkesima. Y u so fast? I missed it. A couple from London, having a vacation. They are in rush, so sempat bagi brochure je. However, they smiled at us. Takpe, next try (ko fail sham!).

Tegur beberapa foreigners, "Hi, Hi, Good Afternoon"..then silent, depa ada yang bagi isyarat tak nak (bahasa tangan), muka dunno...aku tak tau nak cakap apa. Arghh. What is the proper conversation to start uh?

Then...
"Hi, excuse me...welcome to Malaysia, do you have a minute? I am student who is doing a research about the perspective to Islam, can i proceed?". Wah, sungguh kacak ayat tu. Tapi tu bukan ayat aku, ayat orang lain. Hoo. Ok, kalau tabuley lagi..gi menyampuk mana-mana dulu, learn on the spot..then try lagi. Ada lagi couple from Morocco, the handsome guy is a Muslim and his girlfriend is a Christian. Banyak share tentang Malaysia, his vacation, his planning, keadaan islam di sana camne. Masa tu kat depan kedai, sebab lama sangat kat situ..Mak Cik Tokey 'minta' jauhkan diri..kacau bisnes dia je.

Ok, bila nak start ni? Go for the next, Uncle Glyn and Hajar tengah borak. What I heard is, "I already have peace in my heart. Jesus is in my heart." Yeah, how do i know that the peace is fake or true? Oh, ini monolog lagi. Tak ingat sangat apa lagi yang dibincangkan. Errr..next lagi.


Bro Amirul singgah kat kedai Chinese guy, jual jam. Ermm...asyik nak mengekor je, when is my turn to initiate? Memikirkan tentang suatu hadis tu, jika kebaikan yang dimulakan oleh kita, lalu orang lain mengikut kebaikan yang kita buat tu, pahala mashaAllah! Redha Allah tetap disemat dalam hati. Aku saja-saja usha bag kat sebelah kedai, mak cik..

"Hai Ukhti (hoi: Aunty la)..harga beg ni berapa?"
Ni rm45, ramai pakai beg ni..ada 6 compartment. Waterproof

"Wah, yeke..ramai beli yang ini ke?"
A'ah, this is for guy. U can check.

Aku cuba masukkan quran (english translation) + brochures dalam beg tu, muat! Actually, dalam otak tengah fikir camne nak start borak tentang islam. Then, mak cik tu tanya...

"U student ke? Buat apa?" Ya Allah, this is my chance!
Ooo..kami tengah buat survey, tentang pandangan islam. Contohnya, apa pandangan mak cik tentang islam..jawapan mak cik apa?

Muka dia beralih ke tempat lain..dan ada customer lain time tu. Ingat nak sambung lagi, tapi ada customer lain lagi datang. Ermm..."ok mc, thank you mak cik". Senyum, dalam hampa. Tetiba teringat Rasulallah...menangis, dalam hati.

Cuba dan cuba!

Bro Amirul dah habis borak dengan brother tadi. Blah sama dengan dia dari situ. Berhenti jap, rehat. Aku memikirkan strategi lain. Tengok kiri, tengok kanan. Ternampak seorang gadis bert-shirt oren tengah duk amek gambar. Ermm.

"Hi, excuse me...do u want me to take your picture?"
For what? She's looking at my dslr...
"No no (geleng kepala), what i mean is, let me help you taking your picture with your camera..not mine..huhu"
Its ok its ok, I don't like to take my own picture. Dia senyum.
Aku pun senyum. Bismillah!

"Yeah? I think we are having the same habit (proper ke sebut habit ar?). I love to take pictures, but I don't like myself inside the picture.
Dia gelak.

"By the way, u r having a vacation here? Where are you going after this?"
Tomorrow I have to go Thailand (rasanya), I have work to do.

"Ermm..actually, do you have a minute? We would like to share something about islam"
So...so u r a Muslim? U r Malay? How did you become a muslim?

Bro Amirul yang mulakan..tak ingat apa. Nanti edit balik. Tapi, antara dialognya...

Honestly, we were born as a muslim because our parents are muslim. But, we don't really understand what is islam all about during our young age. At a stage, we started to ask ourselves and we find out through our own study. Basically, to become a muslim is very easy..do you know how?

No. I don't.

"You just need to believe that there is no other God but Allah, and a prophet Muhammad s.a.w is the Messenger of Allah. There are two verse only, which we need to admit."
Is that easy

"Yes. Do u know prophet Muhammad?"
No I don't. I just have heard about him, but I don't really know about him.

"There is a book written by Michael H.Hart which entitled 'The 100: A ranking of the Most Influential People..who is the number one? The person is Muhammad. The writer is not a muslim u know"
Oh yeah? Muka excited.

"What about you? Do you believe in God?"
Yeah, I believed in God.

"Do you have a religion?"
No, I don't have.

Ok..aku blur jap. Bro Amirul teruskan. Dia ada mention, yang dia rasa tak happy bila fikirkan tentang why I am on the earth. I feel better not to think about it. Tetiba aku teringat a dialogue which I learned during CRS (comparative religion sharing) at UTM Skudai, Bro Jaysuman.

"I am here, to share about islam to you. All the stuffs and souvenirs around here is to be sold. they have their purposes. They were selling here because it is an effect of the people's demand. Their demand is the cause why they are a lot of sales guy here. The same thing goes to the world. The world is the effect.." Pftt..stuck!

Entah camne, boleh masuk soalan tentang solat..kenapa kena solat 5 kali sehari, kenapa perempuan pakai hijab. Camne angpa nak jawab? Soalan basic tuh.

"Have you read about quran?"
Ya, I think I have it one in my house..but it was 5 years ago.

"Oh, its ok. I would like to give our copy. I hope you will take it"
Oh ok thanks.

Mengeluh, kerana tak dapat menjawab dengan baik. I hope the quran that we give, she will read it..and moga diberi hidayah oleh Allah.

Sebelum nak blah, ambik gambar jap..then dia hulur tangan.

"I'm sorry.."
Why, is it transferring some energy? or man woman thing?

Senyum. We just mentioned about the Elizabeth Queen, tak semua orang boleh sentuh orang yang mulia..dan islam mengajar kami utk treat muslim women as it is.

Serius, pengalaman berharga. Stop fikir any failure, just do it at first place with your tiny knowledge, then it will give a big impact to your life. Sharing islam with the world 2.0 organized by IIS are not done, we still a lot of job to do. Please press the 'start now' button. Moga Allah redha!

Read more...

Lovely Duvy Weekend

                                                                     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(^.^) ................................................................................................................................................... (^^,)

Wishing all of you,
Happy Isra' Mikraj,
Happy Father's Day
and
Happy Weekend!

Alhamdulillah. Dunia tiada kata, untuk ganti perasaan di jiwa.
And always, always Allah knows better! Moga weekend yang sememangnya men'cuti'kan manusia hamba dunia ni supaya rehat, tidak men'cuti'kan kita sebagai hamba Allah dunia akhirat. Yeah!

Weekend ni, aku miss beberapa perkara, reunion smv, jumpa sahabat2 yg join GMJ,  dan Pertandingan SMASH Israel. Malam jumaat, ada orang mengadu supaya aku balik. "Oh, ini kritikal..kena balik ni". Jumaat petang mencari-cari tiket yang available,

"Kak, tiket ke Triang pukul berapa ada?"
6.15 dik.

Aku tengok jam, ni kalau patah balik, tak sempat dah ni. Dah kul 6 kot...traph-epic jam habis! Terus gi karang, kereta lak parking x kena tempat. Total cost: RM34.60 2 ways + 2 hours. Alternatif? Kereta, badget cost: RM60 + unknown hours sebab tak tau jalan. "Ko tak tau jalan balik?". Pindah rumah la...baru nak tau jalan.

Trutt trutt..tutti frutti..trutt trutt...cak cak. "Ma, angah balik esok pagi lepas subuh ek".


MUSAFIR + so called 'ANAK DARA'


Sobahul khoir. Ma'thurat sughra. Nasi lemak QUDRAT dan kopi panas. Udara segar. Itu nikmat    pagi yang osem-dasot! Rugi kalau aku tak bangun subuh, tak sapa telinga dengan kalimah Allah, tak breakfast dengan makanan halal, hidup berpagi-pagian yang macam ni...cuma lesukan ROH-hiyyah. Syaitan pun bangun pagi what..tu yang susah nk ISTIQAMAH neh. T_T

Total time taken, 1 jam 30 minit. Eh, kejap jek? Asyik hairan, susah nak kata camni..La hawla quwwata illa billah (dengan izin Allah ia terjadi). Mungkin badan tak penat, sampai ke rumah salam peluk cium mama yang tengah sapu sampah...kendian aku tarik manja-sweet gitu, "Ma, bak sini la..orang buat". Ingatkan mama stop la kan..tapi..kenapa la penyapu banyak sangat kat rumah ni. Adeh, mama ambil penyapu lain.

"Mana adik? Tidoq lagi ka?"
"Sabtu pun abah kerja ma?"
"Hari ni masak pe?" :)

Every day, bangun pagi, buat breakfast, kemas rumah nyapu-nyapu, basuh baju, jemur baju, masak tengah hari, solat, rehat, ngaji, lipat baju, tidur. Adik, cuba awak tengoook O_o tanpa spec awak...peluh mama memang tak nampak, kalsium dalam tulang yang makin kurang pun tak nampak, tapi cuba tengok berapa banyak kerja mama buat dari kita kecik sampai sekarang?

"Angah, hari ni hari apa? Awak dah wish belom?". Berani dia tanya dengan keadaan tak mandi lagi? Haihhh.

Nasi ayam menu tengah hari. Hoyeah! Ingat balik, setelah 5 bulan duk KL..baru 2 3 kali je masak sendiri? Dasot. O_o Cuba buat jus Manggo+Pisang. Err, kurang menjadi..sebabnya, buah tu tak ranum habis...tak sama macam kat kafe Ali (IIUM) yang harga rm2 tu. Makan time, syukur...nikmat makan bersama memang best. Berlaku sedikit rampasan, antara aku ngan adik..kulit ayam je pun. LOL.


COMMON 'Qs'


Mak cik jiran datang. "Erk, ramainya". Ada mak cik nak pindah, Cik Kiah. So buat meeting nak bagi hadiah apa. Tiba tiba Cik Kiah pun datang sama, sebab tengok macam seronok je ramai orang datang rumah aku ni. Hoho. Nampak aku, aku senyum..no words to say la.

"Nih la anak no.2..bang ngah"
Oh..tingkatan berapa? Pffffttttt >.< Aku maintain senyum.

"Tingkatan apa nya, dah nak hantor sirih pinang kat anak dara orang dah tu". Pfttt..maintain senyum lagi. Aduh, lap peluh.

"Angah, ritu tok su tanya, cik leha pun tanya..awak dah ada orang ke tak." Pfffttt. Berapa banyak aku nak pfftttt je ni? Ala..beritahu je la, mana ada awek-awek ni. Tak kenen la bawak anak dara orang, cuma berdua je, then bawak jumpa mak ayah, sampai la ke atok nenek nuh. Niat tu baik, cara je kurang molek. Nanti angah btau sendiri la ek?

"Ma, camne nak tahu orang tu pandai masak ke tak?" Kena la test.
"Takkan nak bawak ke sini kot? Eyhhh..tak nak la". Wallahu'alam, bukan nak kata ideal, but if kita pilih sebab agama, i hope she can stand up for anything.

Petang. Lepak ngan abah, sambil-sambil kupas (ke?) buah kelapa muda. Ah, layan. Style lelaki camtu, kalau mama banyak borak, abah banyak diam. Haha. Ulang alik maghrib isyak jalan kaki sama. Ah, layan.

Instead of giving some material as present, I would rather choose something that is immaterial. Macam borak, two ways communications, aku lebih suka camtu. Tak salah pun nak bagi, tapi bila memikirkan barang tu tak kekal, so..aku harap tiap kata beri peringatan sepanjang hidup. Cuma jaga dalam hati, tak perlu cari tempat untuk diisi. Thehe.

Well, weekend yang diberkati inshaAllah. Selamat hari bapak, selamat mengingati Rasulallah sallahu alaihi wassalam. Selamat menjadi bapak, dengan mengikuti cara baginda. InshaAllah!

p/s: keajaiban isra' mikraj wajib dipercayai, tapi bukan untuk dikagumi semata. Lepas dengar banyak ceramah tentang tu, apa yang kita dapat buat? Do something please?

p/s/s: Ustaz Don nya ceramah. http://www.youtube.com/watch?v=d6-Ms_wKaE4 . Selamat!

Read more...

I'm Pak Noob, rather than Pak Turut.


Salam hormat kepada semua, rakyat Malaysia.
Salam 1Malaysia, Malaysia yang tercinta.

Kepada,

Hadirin hadirat BERSIH 3.0, tidak kira anda di pihak atau kedudukan mana atau tujuan apa, kumpulan manusia2 extreme yang hadir, dan komentar-komentar yang tidak hadir pada 28hb, juga tak tinggal kepada sebahagian besar rakyat yang sedang menikmati hidup selesa di sini.

Teringat kata-kata Buya Hamka,

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, beruk juga bekerja”

Saya harap ramai manusia yang tak terasa. Walaupun kita tidak mengenali satu sama lain, saya cuma mengharapkan anda sedar manusia-manusia bagaimana yang wujud pada hari kejadian. Itu sudah cukup bagi saya. Diingatkan, surat ini tiada nada amarah, cuma ada budi bicara sederhana.

Hari itu, saya menyaksikan satu event Negara. Ramai, ramai betul. Jika semasa BERSIH 2.0, aku hanya penonton YouTube dan media elektronik, kali ini aku berkesempatan. Tapi, apalah sangat penyaksian saya.  Saya cuma saksikan sekejap-sekejap di pasar seni, masjid jamek, masjid Negara dan dataran merdeka. Niat cuma satu, hari ni aku nak jadi rakyat Malaysia yang menyaksikan dengan mata sendiri, bukan dari fb (facebook).

Ye, saya cuma tengok dari jauh, bukan berada dalam crowd. Ada ketika, saya cuma mendengar beberapa das tembakan dan melihat kepulan asap, asap kepul-kepul naik ke langit, manusia-manusia kuning, hijau, biru dan warna warni berlari selamatkan mata dan nafas diri dan sahabat di kanan kiri. Ok, itu saja. Hah? “Itu je kau saksikan?”. A’ah. “Baik tak payah.” .Baik kau baca dulu Bro.

Baru nak mula ni

Balik sahaja daripada event negara, saya menaip YouTube dan guna filter upload date. Bagai. Di facebook dan internet, tengok update dari dua-dua pihak, jkk, kkbutv3, kbsb, antidapclub, tv3, utusan online, kosmo…dan bagai. Bagai lagi. Saya berharap anda buat perkara yang sama.

Aku lihat dua pihak (mungkin tiga atau lebih), hentam sama hentam. Tapi tak ramai yang sedar bahawa masing-masing pukul rata pihak yang mereka nampak. Just because Ambiga ada, DSAI ada, it doesn’t mean saya sokong SEMUA yang Ambiga buat, SEMUA yang DSAI buat. Bro, kalau kerajaan sendiri yang propose dan tunaikan tuntutan BERSIH, aku akan sokong! Sebab tujuannya adalah 8 tuntutan tu.

Tak dinafikan, ada pihak tertentu ambil kesempatan. Tapi ingat. Tak semua polis bangsa bangsat, tak semua rakyat BERSIH bersh*t, tak semua pimpinan parti itu ini molek2 belaka atau jahak2 belaka.

Gambar dan video menceritakan apa yang berlaku. Aku suka adegan seorang wanita Cina memberi sejambak bunga kuning kepada si wira biru, suka. Nampak mesra! Power ranger kuning lari kena asap (mask dia tak power la tu), manusia2 ‘felik’ yang agak menonjol juga ada. Mula2 duduk bantah bersama tiba-tiba tear gas datang…dia bangun kemudian sepak tear gas ke arah peserta tadi. What’s going on?

source:  http://inavukic.com


Kemudian dihidangkan video si wira biru sepak terajang si kuning. Ok kejap, what is going on? Saudara, anda perlu tengok satu-satu dan buat satu penilaian waras. Kalau kita gagal buat macam tu… kita mungkin malas atau terbuka untuk gali dan taman dalam otak masing2 sebab iktikad kubur masing2 sangat kuat dalam diri. Kita kena fikir lebih sikit je daripada biasa!

Aku lihat melayu pukul melayu, melayu pukul cina. Aku hairan,manusia itu komen bagai dia pasti itu yang memang berlaku. Macam ada di situ ke anda masa tu? Wait, anda kena fikir juga..kenapa wujud manusia-manusia 'provoker' ini? Kalau ada, komen saja. Sama-sama hormat pendirian masing-masing, tu saje rasanya. If there’s something wrong, just throw away your emotional and discuss brilliantly. Saya cuma minta itu saja.

Selesa kita, belum tentu selesakan orang lain

Barangkali kita rasa selesa dengan Malaysia sekarang sebab kita memang tiada masalah untuk hidup di Malaysia ini. Ada kita fikir rakyat Malaysia lain? Tak, sebab kita cuma selesa dengan diri kita. Ramai yang selesa, sedikit yang tak terasa. Jadi, lihatlah majority berkuasa.

Saya kasihan melihat orang YANG kasihankan kepada manusia kuning. “Kenapa la buat kacau, bersyukur la dengan keamanan yang dah ada ni”. Betapa berjayanya usaha-usaha menyemaikan semangat kesyukuran dalam jiwa-jiwa ini melalui akhbar dan media yang mereka kuasai. Tahniah, satu sifat mulia iaini bersyukur tersemat di hati mereka.

Ada juga mereka yang tak ambil port, saya sempat bertanya seorang brother yang tengah naik moto. Bro, jalan nak ke masjid Negara macam mana? Oh, boleh ikut saya. Anda tak tengok bersih? Tak la, baru bangun je ni. Seorang lagi, yang….sendiri fikir.

'Kalau hidup kita tiada matlamat, orang lain akan gunakan kita
untuk capai matlamat mereka'


Penyaksian itu yang paling tinggi, walau kita mati!

At the end of the day, saya bukannya kaki update fb dan claim itu ini…buat konklusi itu ini, saya rasa saya noob tentang politik…mana la datang manusia2 extreme itu. Fuh, lap peluh. Fikir la lebih sikit, tentang what is going on. Banyakkan sumber, bukan setakat paper dan tivitiga.

Walau kita mati, kematian itu menjadi saksi kepada orang lain. Kita buat la apa saja, orang lain akan jadi saksi. Mudah kata, saksikan dunia ini bersaksi, sebab memang penyaksian itu yang paling tinggi.

Where numbers, easily can be ignored. That's the power of media.

Banyak sangat kan komen-komen yang anda baca? Samada komen saksi itu benar atau tidak, kita sendiri tak tau. Nak percaya mahkamah pun susah. Jadi apa nak buat? Berdoalah! Semoga yang hak dan batil akan terungkai akhirnya. Baru nak bergantung pada Tuhan masa ni? Bagus.

Akhir kata, harapnya kita terlintas di hati, kenapa rukun Islam pertama ada ayat ni 'aku naik saksi'.Masing-masing ucap syahadah dulu baru yakin nak kata camtu atau macam para sahabat yang yakin dahulu sebelum berkata demikian?Pernah kita nak faham? Apa kaitan dengan mahkamah yang perlukan saksi dan hakim? Kenapa 'naik saksi'? Bro, baru dunia je ni bro. Akhirat jualah yang kekal selamanya. Haaa….jom fikir! Pun penting!


"Ash ha du, alla, ilaha, ILLA, Allah. I bear witness, there is no God, but Allah."

Read more...

30.3.1976_MyGMJ

Bismillah. Hari ni dah 30Mac, 2012 di Amman, Jordan. Serius, sebelum ni entah apa aku buat pada tarikh yang sama. 30 Mac 1976 tanah rakyat Palestin dirampas besar-besaran. Tiap tahun , rakyat Palestin berarak di luar rumah beramai-ramai sebagai usaha berterusan untuk dapatkan balik tanah air diorang. Entah apa lagi usaha yang mereka dah buat? Aku baru hari ni nak 'sibuk-sibuk'.


Sweimeh, Al-Balqa' , Jordan. GMJ bermula. Kami bergerak dari 'funduq al-misk' pukul 9am. Kemudian berkumpul di first check point. Delegasi-delegasi negara berkumpul di situ sebelum menaiki puluhan bas untuk ke Sweimeh. Sampai di Sweimeh, kawasan 'family day' ni sesak, banyak bas dan kereta, berdebu, Dan! Dari jauh dah boleh nampak palestin. Subhanallah. Sekarang aku lebih merasai apa orang selalu kata.

"When you have something that very close to you,
but you cannot have it...what will be your feeling?"

Benda tu dah dekat sangat, tapi kau tak boleh nak milikinya.
Ah. aku ada task yang kena buat.
Seberang sana nu, Palestin dah tu! 2km jek!

Aku rasa aku sibuk, tak terfikir nak mara ke sempadan. Lepas ni kalau nak pergi Palestin or syahid mana-mana, make sure everything settled...minda bebas, tayah ada 'task' kena buat during the event..boleh pulak aku fikir camtu (rasa terbeban, baru sikit kot!). Keadaan perhimpunan aman, cuma ada insiden kecil bila mana 4 orang Rabbi Jews (yahudi) nak masuk ke khemah, seorang wanita marah giler dengan kehadiran diorang. Nasib baik dikawal oleh brader vest oren. Rupanya, wanita tadi marah sebab ahli keluarga dia kena bunuh oleh Israel...secara tak langsung, Jews dan Israel ada hubung kait. Sebenarnya, Jews ni ada 3 jenis yang ramai tak jelas. Yang dok pi sokong Israel tu, Zionist...yang tak sokong Israel lak, Ortodoks.

Rabbi-rabbi Yahudi dikawal ketat, dari masuk khemah, sampai keluar khemah.
 Pasan sepanduk tu? Aku tak pandai baca tu, thanks to Bro Sidi Habibi yang tolong translatekan. Maksud sepanduk, line by line: 


Yahudi Torah Sedunia
Tidak Mengiktiraf
Kerajaan Zionis di Tanah Suci
Kembalikan Pemerintahan Tanah Suci
Kepada Penduduk Asal

Yahudi, Jews, Zionis..keliru?

Sekarang, golongan Orthodox terpecah kepada beberapa approach terhadap Zionism dan kerajaan Israel (credit to Bro Luke Khidir) :

1. Anti-Zionism: Yang menganggap Israel adalah sebuah negara sekular yang tidak sah kerana melanggari 3 oaths dalam Talmud iaitu salah satunya telah mendirikan kerajaan Yahudi sebelum Messiah. Ini adalah pendirian asal Orthodox Judaism. Sekarang mereka didukungi golongan Edah HaChareidis (diseperti Neturei Karta "nkusa.org" dan Satmar). Mereka menubuhkan council sendiri di Jerusalem dan tidak mahu mengiktiraf autoriti keagamaan dari Israel. Golongan ini dipanggil anti Zionist Haredim (Ultra Orthodox Jews) dan adalah minoriti di kalangan Orthodox.

2. Non-Zionism: Ultra Orthodox yang menganggap Israel adalah sebuah negara sekular yang tidak ada kena mengena dengan Taurat tapi dalam masa yang sama, mereka boleh mendiami Israel dan memberi ketaatan sama seperti mereka memberi ketaatan di mana2 negara di dunia seperti semasa mereka berada di Eropah, negara2 Islam dan Amerika. Ini adalah pendapat golongan Agudat Israel (seperti Chabad dan Breslov) di mana mereka adalah majoriti. Mereka mempunyai parti politik sendiri untuk membela hak mereka sebagai orthodoks di Israel seperti hal ehwal kosher, melarang pembukaan premis dan kenderaan dipandu pada hari Sabtu dll.

3. Religious-Zionism: Yang menganggap Israel adalah the first manifestation oleh Tuhan dalam Salvation dan Messiahhood. Dengan kata lain, mereka percaya pada janji Promised Land seperti yang disebutkan sebelum ni dalam Taurat. Mereka menganggap dengan penubuhan Israel dan kepulangan Jews dari seantero dunia, zaman Messiah akan tiba tidak lama lagi. Ini adalah pendapat Modern-Orthodox Jews dari Europe/Amerika dan Middle Eastern Jews (penduduk Israel yang majoriti). Mereka adalah golongan kanan di Israel yang berkolaborasi dengan golongan Non-Zionism tadi untuk mengagamakan Israel dari segenap aspek sehingga membawa kebimbangan pada golongan kiri yang sekular di Israel. Ini yang Zionist nih!!!





GMJ bermula


Khemah tu juga menempatkan delegasi dari pelbagai negara. Aku jumpa balik Bro dari Morocco yang kat Cairo Airport. He used to speak Arabic and French, Ah...ralatnya rasa tak pandai cakap Arab. kelas Arab dengan Thabit dulu tertangguh camtu sampai sekarang.


Bincang dengan Bro Khabbab, ang pi guna Tele, aku guna wide. Ok. nak tukar-tukar lens, risau den...pasir berterbangan bebas masuk ke hidung, apatah lagi lens. huhu, terima kasih kepada housemate! Azree Hanifiah sebab bagi pinjam.

Tapi seriously, I missed a lot of moments. Time tu nak rekod video, time tu nak ambil gambar, time tu cari line nak buat live-cast. Sungguh tak proper aku buat kerja. Aku sangat berharap aku ikhlas, orang-orang yang ikhlas ni tak kisah pun kalau orang lain tak appreciate pun..nak orang appreciate baru kerja jalan? What? I know that's one kind of fitrah, tapi tak boleh la nak bermanja sangat. Sebab dia buat kerana Allah, so takyah nak emo-emo Jang. Continue your work.

Mendengar khutbah jumaat berdiri, dengan imam bersama puluhan mic and video stand, kerusi dan teks khutbah di tangan, tanpa mimbar..ia merupakan satu pemandangan baru. Habis khutbah, cepat-cepat buat saf untuk solat di atas padang pasir.


Solat jumaat di atas padang pasir, berhimpun juga di sini.



Pentas ini digunakan oleh Imam untuk sampaikan khutbah, kemudian menjadi pentas ucapan wakil tiap negara.






Tuan Norazmi Talib, mewakili Malaysia..untuk Palestin.

Apa harapan mereka sebenarnya? Pernah kita cuba nak rasa?

Iye iye...bendera Palestin di mana-mana.

Antara pelajar Malaysia di Jordan yang bersama. Moga Allah terima amal kita ini.

Habis? What's next? Badan aku masih satu jasad, juga manusia-manusia lain. Bau wangian bak kasturi tiada, darah tiada..semuanya aman. Pulang membawa diri, tapi hati setiap orang masih kat sini. Palestin, next time aku datang aku akan bawak kawan-kawan lain. Amin ya rabb.

Read more...

29.3.2012_MyGMJ

Dah siap kemas ke belum ni? Check semula, haishh. Aku rasa semua dah ok, technically. Somehow, aku rasa masih kurang. percaya tak percaya, ramai akan ingat..."Wah, orang2 hebat je ke sana, manusia-manusia suci je ke sana, Ibadat powerful". Tak, tanya la few guys yang ikut sama. Aku? Aku rasa aku hampeh tentang tu. Konon nak jadikan alasan, penat itu ini organize itu ini...alasan memang macam2 habis...ibadat slow-mo, ruhi-almost zero.

Allah! Aku bersalah, aku takut aku bawa maksiat je ke sana. Aku rasa, aku nak sujud sampai ke teras bumi, boleh ke? Sessungguhnya Allah itu sangat dekat dengan kita semua!

Kami bertolak dari gombak, 5.30 petang...ramai juga geng-geng UIA yang datang. Sebelum gerak, doa dan ucap 'selamat' dikatakan. "Selamat pergi dan balik". Wallahi, aku hairan kenapa 'balik' disertakan. Sampai di KLIA, around 7pm...dah ada peserta yang sampai dlu, En. haji mat Daud. Alamak! "Tunggu kami depan surau di tingkat 5 ye Pak cik"

Brother-brother UIA yang tolong hantaq kami. Maceh!

Kecoh jugak la, bila dah kul 8pm to tak check in lg. Atter solat maghrib tu.. masing-masing bajet cool, hoho. Time tu nak arrange peserta, time tu nak ambil gambar, time tu nak briefing. Aku ingat lagi, dalam perjalanan...bincang itu ini nak buat apa kat airport...tan trang tang, hee..terima kasih kepada yang menolong kami.

Kami terkejut, ada banner muka aku, aiman, muaz. Ya Allah...ujian hati ke ini? Aku teringat hadith tentang orang yang syahid, tapi sebenarnya mereka ahli neraka. astagfirullah!


23 orang rakyat Malaysia, dari pelbagai latar belakang.

Ok, kena naik train rupanya untuk ke kapal terbang Kat KLIA. Sempat borak-borak kejap dengan group kami...Haji Mat Daud, Dr. Zolkepli, PC Zun Arif dan PC Badrul. Ada kawan dari MAPIM tu, dia baru dapat anak 3 minggu lepas! Anak first lak tuh! Huhu...isteri masih dalam pantang tu, cekal betol join GMJ ni.

Small wave

We transited at the Cairo International Airport and we have to wait about half an hour before proceed to the final destination. After 7 hours of being treated as chickens, 3 times of meal, in a floating barn, limited space to move, we managed to return to our human sense when i started to think our niat, our mission of the journey.

Rasa la tempias al-azhar tu...tempias 'Kang Azzam dari Indonesia?'. Bro Farhash habaq, rugi jugak la kita dah sampai Cairo tapi tak sampai Cairo..tiket la yang mahal, daily expense murah. Fuh, I called that consistency of intention test...ni nak ke Palestin ke Mesir? Nak mati kat Palestin ke Mesir? There are few peoples wearing the Palestine scarf. Some of them are sitting, coffee-ing, and watching videos. We haven't reached yet at the Amman, but we could see small wave are generated before it hits the Israel beach. We really hope the Israel cannot predict the form of the wave. Nak syahid...harapnya.

Brother Abou Ismail and represantatives from Morocco with En. Haji Mat Daud.

I was attracted to the youtube group, what they are watching actually? I greeted them with a calling peace and begin our chat. "We're from Aljamaa, Morocco", Brother Abou Ismail introduced themselves. They are going to the march also! They can be contacted via aljamaa.net. They formed a group of 30 while us, 23. It doesn't matter.

Kalau tadi Kat KLIA guna train, kat sini guna bas untuk ke big bird. Sempat la ambil gambar kat depan burung tu. Someone was staring at us. ok, enough. let's move.

10am Di Jordan, 4pm Di Malaysia. Waktu Kami sampai Di Queen Aleya airport. Sampai-sampai, tukar duit dari EURO ke Jordan dinar. Untuk ke Jordan, kita kena convert duit RM ke EURO atau USD dahulu. Dinar lagi mahal dari EURO dan USD tau...mahal 4 kali dari RM. Bro Muaz sempat borak dengan someone.

"Come join us, tomorrow."
Where?

"Al-Balqa. We will join Global March to Jerusalem, to show our solidarity for Palestine."
Oh, inshaAllah. I'll come.

"I think you're Palestinian? No, I originally from Jordan."

Aku perasan something. Jordanian do not know what will be happened tomorrow. She asked where the event will take place. Negara diorang tak promote GMJ ke ar? Promote gak, tapi tak meluas. "Dorang kan ada hubungan baik dengan Israel", Bro Farhash habaq. Tapi ada news yang kot yang Jordan support program ni. Sama macam Malaysia, bukan kesemua 26 juta penduduk Malaysia tahu tentang MyGMJ.

Amman, Jordan

Sampai jugak kat Queen Alia Airport, Amman, Jordan....selepas 15 jam perjalanan! Masa nak ambil beg dari scanner, nampak la sorang auntie tu. Pheww, banyak tol beg dia..3 ke 4 bijik. Besar-besar lak tu.

"Excuse me, Madam. Can I help you?"
Oh thanks..thanks. Thank you. You are so kind...aku cair jap dengan penghargaan dia. Ikhlaskan hati.


"Where are you going?"
Oh...I'm going to Bethelem for three days.


"Uh? Sorry?"
Bethlehem, Palestine. I'm bringing a lot of toys inside all these luggage. I want to give to Palestinian child.


Wow wow wow. Aku kagum jap. Kagum sampai lupa nak mintak email dia. Aku dok sibuk bawak keperluan sendiri, dia bawak barang untuk kanak-kanak Palestin? Astagfirullah.


Mak cik hebat! Beg-beg besar tuh ,sebelah dia tuh




Ada student Malaysia yang tolong ambil kami, saudara Hafizuddin...terima kasih! Mulanya ramai la gak student Malaysia kat sini yang nak join...around 500 from 2000 population, tp ada ujian bagi mereka...kedutaan tak bertanggungjawab kalau join, lagi satu mereka ada acara sukan tahunan. So the numbers decreased drastically.

Dr. Zolkepli, Bro Hafiz (driver sweet kami), Bro Farhash dan En. Badrul kat Queen Alia.

Kami jalan-jalan ke Al-Balad, Old Amman. Most of the buildings have the same design, squarish shape and brownish color. Sebab apa? Terserempak dengan few students di restoran Kaherah...makan mansof dan mas'uzi. Lauk kambing dua-dua tuh. Aiman nak merasa ayam panggang tuh..beli la jugak....

Student Malaysia kat depan Kaherah Restaurant
Malamnya ada briefing untuk esok. Pak cik Azmi kata, "We will not march into the Jerusalem. Make the tomorrow even as a family day." Pernah dengar bunyi mesin alat pernafasan. "Teettttt...............". Allah, tengok muka Aiman kecewa...down. Aku dah tahu dari awal, memang la objektif program takkan masuk ke Jerusalem pun! Tapi... mindset kitorang adalah untuk masuk ke sana! Mungkin ini ke caranya Allah tak nak kami syahid sekarang? Mungkin begini tak menjadi ahli neraka? Mungkin Allah nak kami lebih bersedia? Wallahu'alam. Kita tengok dulu macam mana esok.



"Esok harap-harap ada Pak Arab yang extreme, kita join dia.", Aiman kata.
Yeppp..kami berharap ada spark berlaku esok. Sebab Sweimeh, Al-Balqa tempat berhimpun esok ni hanya 2km dari sempadan, bukan 15km. Allahu akbar!

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP