Powered by Blogger.

Lovely Duvy Weekend

                                                                     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(^.^) ................................................................................................................................................... (^^,)

Wishing all of you,
Happy Isra' Mikraj,
Happy Father's Day
and
Happy Weekend!

Alhamdulillah. Dunia tiada kata, untuk ganti perasaan di jiwa.
And always, always Allah knows better! Moga weekend yang sememangnya men'cuti'kan manusia hamba dunia ni supaya rehat, tidak men'cuti'kan kita sebagai hamba Allah dunia akhirat. Yeah!

Weekend ni, aku miss beberapa perkara, reunion smv, jumpa sahabat2 yg join GMJ,  dan Pertandingan SMASH Israel. Malam jumaat, ada orang mengadu supaya aku balik. "Oh, ini kritikal..kena balik ni". Jumaat petang mencari-cari tiket yang available,

"Kak, tiket ke Triang pukul berapa ada?"
6.15 dik.

Aku tengok jam, ni kalau patah balik, tak sempat dah ni. Dah kul 6 kot...traph-epic jam habis! Terus gi karang, kereta lak parking x kena tempat. Total cost: RM34.60 2 ways + 2 hours. Alternatif? Kereta, badget cost: RM60 + unknown hours sebab tak tau jalan. "Ko tak tau jalan balik?". Pindah rumah la...baru nak tau jalan.

Trutt trutt..tutti frutti..trutt trutt...cak cak. "Ma, angah balik esok pagi lepas subuh ek".


MUSAFIR + so called 'ANAK DARA'


Sobahul khoir. Ma'thurat sughra. Nasi lemak QUDRAT dan kopi panas. Udara segar. Itu nikmat    pagi yang osem-dasot! Rugi kalau aku tak bangun subuh, tak sapa telinga dengan kalimah Allah, tak breakfast dengan makanan halal, hidup berpagi-pagian yang macam ni...cuma lesukan ROH-hiyyah. Syaitan pun bangun pagi what..tu yang susah nk ISTIQAMAH neh. T_T

Total time taken, 1 jam 30 minit. Eh, kejap jek? Asyik hairan, susah nak kata camni..La hawla quwwata illa billah (dengan izin Allah ia terjadi). Mungkin badan tak penat, sampai ke rumah salam peluk cium mama yang tengah sapu sampah...kendian aku tarik manja-sweet gitu, "Ma, bak sini la..orang buat". Ingatkan mama stop la kan..tapi..kenapa la penyapu banyak sangat kat rumah ni. Adeh, mama ambil penyapu lain.

"Mana adik? Tidoq lagi ka?"
"Sabtu pun abah kerja ma?"
"Hari ni masak pe?" :)

Every day, bangun pagi, buat breakfast, kemas rumah nyapu-nyapu, basuh baju, jemur baju, masak tengah hari, solat, rehat, ngaji, lipat baju, tidur. Adik, cuba awak tengoook O_o tanpa spec awak...peluh mama memang tak nampak, kalsium dalam tulang yang makin kurang pun tak nampak, tapi cuba tengok berapa banyak kerja mama buat dari kita kecik sampai sekarang?

"Angah, hari ni hari apa? Awak dah wish belom?". Berani dia tanya dengan keadaan tak mandi lagi? Haihhh.

Nasi ayam menu tengah hari. Hoyeah! Ingat balik, setelah 5 bulan duk KL..baru 2 3 kali je masak sendiri? Dasot. O_o Cuba buat jus Manggo+Pisang. Err, kurang menjadi..sebabnya, buah tu tak ranum habis...tak sama macam kat kafe Ali (IIUM) yang harga rm2 tu. Makan time, syukur...nikmat makan bersama memang best. Berlaku sedikit rampasan, antara aku ngan adik..kulit ayam je pun. LOL.


COMMON 'Qs'


Mak cik jiran datang. "Erk, ramainya". Ada mak cik nak pindah, Cik Kiah. So buat meeting nak bagi hadiah apa. Tiba tiba Cik Kiah pun datang sama, sebab tengok macam seronok je ramai orang datang rumah aku ni. Hoho. Nampak aku, aku senyum..no words to say la.

"Nih la anak no.2..bang ngah"
Oh..tingkatan berapa? Pffffttttt >.< Aku maintain senyum.

"Tingkatan apa nya, dah nak hantor sirih pinang kat anak dara orang dah tu". Pfttt..maintain senyum lagi. Aduh, lap peluh.

"Angah, ritu tok su tanya, cik leha pun tanya..awak dah ada orang ke tak." Pfffttt. Berapa banyak aku nak pfftttt je ni? Ala..beritahu je la, mana ada awek-awek ni. Tak kenen la bawak anak dara orang, cuma berdua je, then bawak jumpa mak ayah, sampai la ke atok nenek nuh. Niat tu baik, cara je kurang molek. Nanti angah btau sendiri la ek?

"Ma, camne nak tahu orang tu pandai masak ke tak?" Kena la test.
"Takkan nak bawak ke sini kot? Eyhhh..tak nak la". Wallahu'alam, bukan nak kata ideal, but if kita pilih sebab agama, i hope she can stand up for anything.

Petang. Lepak ngan abah, sambil-sambil kupas (ke?) buah kelapa muda. Ah, layan. Style lelaki camtu, kalau mama banyak borak, abah banyak diam. Haha. Ulang alik maghrib isyak jalan kaki sama. Ah, layan.

Instead of giving some material as present, I would rather choose something that is immaterial. Macam borak, two ways communications, aku lebih suka camtu. Tak salah pun nak bagi, tapi bila memikirkan barang tu tak kekal, so..aku harap tiap kata beri peringatan sepanjang hidup. Cuma jaga dalam hati, tak perlu cari tempat untuk diisi. Thehe.

Well, weekend yang diberkati inshaAllah. Selamat hari bapak, selamat mengingati Rasulallah sallahu alaihi wassalam. Selamat menjadi bapak, dengan mengikuti cara baginda. InshaAllah!

p/s: keajaiban isra' mikraj wajib dipercayai, tapi bukan untuk dikagumi semata. Lepas dengar banyak ceramah tentang tu, apa yang kita dapat buat? Do something please?

p/s/s: Ustaz Don nya ceramah. http://www.youtube.com/watch?v=d6-Ms_wKaE4 . Selamat!

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP