Powered by Blogger.

I'm Pak Noob, rather than Pak Turut.


Salam hormat kepada semua, rakyat Malaysia.
Salam 1Malaysia, Malaysia yang tercinta.

Kepada,

Hadirin hadirat BERSIH 3.0, tidak kira anda di pihak atau kedudukan mana atau tujuan apa, kumpulan manusia2 extreme yang hadir, dan komentar-komentar yang tidak hadir pada 28hb, juga tak tinggal kepada sebahagian besar rakyat yang sedang menikmati hidup selesa di sini.

Teringat kata-kata Buya Hamka,

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, beruk juga bekerja”

Saya harap ramai manusia yang tak terasa. Walaupun kita tidak mengenali satu sama lain, saya cuma mengharapkan anda sedar manusia-manusia bagaimana yang wujud pada hari kejadian. Itu sudah cukup bagi saya. Diingatkan, surat ini tiada nada amarah, cuma ada budi bicara sederhana.

Hari itu, saya menyaksikan satu event Negara. Ramai, ramai betul. Jika semasa BERSIH 2.0, aku hanya penonton YouTube dan media elektronik, kali ini aku berkesempatan. Tapi, apalah sangat penyaksian saya.  Saya cuma saksikan sekejap-sekejap di pasar seni, masjid jamek, masjid Negara dan dataran merdeka. Niat cuma satu, hari ni aku nak jadi rakyat Malaysia yang menyaksikan dengan mata sendiri, bukan dari fb (facebook).

Ye, saya cuma tengok dari jauh, bukan berada dalam crowd. Ada ketika, saya cuma mendengar beberapa das tembakan dan melihat kepulan asap, asap kepul-kepul naik ke langit, manusia-manusia kuning, hijau, biru dan warna warni berlari selamatkan mata dan nafas diri dan sahabat di kanan kiri. Ok, itu saja. Hah? “Itu je kau saksikan?”. A’ah. “Baik tak payah.” .Baik kau baca dulu Bro.

Baru nak mula ni

Balik sahaja daripada event negara, saya menaip YouTube dan guna filter upload date. Bagai. Di facebook dan internet, tengok update dari dua-dua pihak, jkk, kkbutv3, kbsb, antidapclub, tv3, utusan online, kosmo…dan bagai. Bagai lagi. Saya berharap anda buat perkara yang sama.

Aku lihat dua pihak (mungkin tiga atau lebih), hentam sama hentam. Tapi tak ramai yang sedar bahawa masing-masing pukul rata pihak yang mereka nampak. Just because Ambiga ada, DSAI ada, it doesn’t mean saya sokong SEMUA yang Ambiga buat, SEMUA yang DSAI buat. Bro, kalau kerajaan sendiri yang propose dan tunaikan tuntutan BERSIH, aku akan sokong! Sebab tujuannya adalah 8 tuntutan tu.

Tak dinafikan, ada pihak tertentu ambil kesempatan. Tapi ingat. Tak semua polis bangsa bangsat, tak semua rakyat BERSIH bersh*t, tak semua pimpinan parti itu ini molek2 belaka atau jahak2 belaka.

Gambar dan video menceritakan apa yang berlaku. Aku suka adegan seorang wanita Cina memberi sejambak bunga kuning kepada si wira biru, suka. Nampak mesra! Power ranger kuning lari kena asap (mask dia tak power la tu), manusia2 ‘felik’ yang agak menonjol juga ada. Mula2 duduk bantah bersama tiba-tiba tear gas datang…dia bangun kemudian sepak tear gas ke arah peserta tadi. What’s going on?

source:  http://inavukic.com


Kemudian dihidangkan video si wira biru sepak terajang si kuning. Ok kejap, what is going on? Saudara, anda perlu tengok satu-satu dan buat satu penilaian waras. Kalau kita gagal buat macam tu… kita mungkin malas atau terbuka untuk gali dan taman dalam otak masing2 sebab iktikad kubur masing2 sangat kuat dalam diri. Kita kena fikir lebih sikit je daripada biasa!

Aku lihat melayu pukul melayu, melayu pukul cina. Aku hairan,manusia itu komen bagai dia pasti itu yang memang berlaku. Macam ada di situ ke anda masa tu? Wait, anda kena fikir juga..kenapa wujud manusia-manusia 'provoker' ini? Kalau ada, komen saja. Sama-sama hormat pendirian masing-masing, tu saje rasanya. If there’s something wrong, just throw away your emotional and discuss brilliantly. Saya cuma minta itu saja.

Selesa kita, belum tentu selesakan orang lain

Barangkali kita rasa selesa dengan Malaysia sekarang sebab kita memang tiada masalah untuk hidup di Malaysia ini. Ada kita fikir rakyat Malaysia lain? Tak, sebab kita cuma selesa dengan diri kita. Ramai yang selesa, sedikit yang tak terasa. Jadi, lihatlah majority berkuasa.

Saya kasihan melihat orang YANG kasihankan kepada manusia kuning. “Kenapa la buat kacau, bersyukur la dengan keamanan yang dah ada ni”. Betapa berjayanya usaha-usaha menyemaikan semangat kesyukuran dalam jiwa-jiwa ini melalui akhbar dan media yang mereka kuasai. Tahniah, satu sifat mulia iaini bersyukur tersemat di hati mereka.

Ada juga mereka yang tak ambil port, saya sempat bertanya seorang brother yang tengah naik moto. Bro, jalan nak ke masjid Negara macam mana? Oh, boleh ikut saya. Anda tak tengok bersih? Tak la, baru bangun je ni. Seorang lagi, yang….sendiri fikir.

'Kalau hidup kita tiada matlamat, orang lain akan gunakan kita
untuk capai matlamat mereka'


Penyaksian itu yang paling tinggi, walau kita mati!

At the end of the day, saya bukannya kaki update fb dan claim itu ini…buat konklusi itu ini, saya rasa saya noob tentang politik…mana la datang manusia2 extreme itu. Fuh, lap peluh. Fikir la lebih sikit, tentang what is going on. Banyakkan sumber, bukan setakat paper dan tivitiga.

Walau kita mati, kematian itu menjadi saksi kepada orang lain. Kita buat la apa saja, orang lain akan jadi saksi. Mudah kata, saksikan dunia ini bersaksi, sebab memang penyaksian itu yang paling tinggi.

Where numbers, easily can be ignored. That's the power of media.

Banyak sangat kan komen-komen yang anda baca? Samada komen saksi itu benar atau tidak, kita sendiri tak tau. Nak percaya mahkamah pun susah. Jadi apa nak buat? Berdoalah! Semoga yang hak dan batil akan terungkai akhirnya. Baru nak bergantung pada Tuhan masa ni? Bagus.

Akhir kata, harapnya kita terlintas di hati, kenapa rukun Islam pertama ada ayat ni 'aku naik saksi'.Masing-masing ucap syahadah dulu baru yakin nak kata camtu atau macam para sahabat yang yakin dahulu sebelum berkata demikian?Pernah kita nak faham? Apa kaitan dengan mahkamah yang perlukan saksi dan hakim? Kenapa 'naik saksi'? Bro, baru dunia je ni bro. Akhirat jualah yang kekal selamanya. Haaa….jom fikir! Pun penting!


"Ash ha du, alla, ilaha, ILLA, Allah. I bear witness, there is no God, but Allah."

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP