Powered by Blogger.

Langit Gombak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tap tap tup, sebulan lebih berlalu. Rasa macam sesaat. Ingat tak salah satu hadith tentang akhir zaman?

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
(H.R.Termizi )


Bulatan kampung pandan kini bukan lagi bulatan, tapi macam nombor lapan.
Tiket LRT dah tak jadi tiket lak, tapi jadi token..KL monorail tiket lagi.
Tengok kereta kura-kura, teringat lak kereta Savvy 2 orang mamat nuh.
Tengok kenari, teringat kenari sana.
Tengok muka housemate nama Poknik banyak kali, macam gabungan Salman Jaafar dan Wan Hafiz.
Tengok Batu Caves, dah besaq na patung simen berwarna emas.

Sempat lak aku borak-borak dengan seorang muallaf yang katanya nak gi belajar agama kat Kedah. Huh?  tak gi Hidayah Centre je? Ermm, dah dapat contact phone dia, moga urusan aku dengan dia dipermudahkan. Teringat Program Sharing Islam with UTM, targetnya hujung semester.

Aih, dah jauh-jauh baru rasa macam ‘nak’ isytihar kat mulut ni. Aku rindu la...aaa. Dekat-dekat takde pula nak habaq apa-apa. Bila dah jauh baru nak kenang-kenang, awat tak kenang bila dekat-dekat? Manusia lambat nak sedar yang dia ada orang berdekatan, bila dah berjauhan je baru cepat nak sedar. Maknanya, berjauhan tu bagus diamalkan? Haha.

“Eh, aku rasa rindu kat kau la?”.
“Apahal kau? Baru 2 jam lepas kau makan dengan aku kot. Baru 48 jam lepas kau hantar aku balik.”

Haa! Emm, hidup perlu diteruskan jugak. Puasa sunat hari khamis, saja test power badan ni. Hamik kau, nikmat mulut yang berbau kasturi nih asyik rasa macam nak sumbat air limau ais! Peh peh peh.  Serius penat. Visor motor gelap membolehkan aku buat macam-macam ekspressi bai buat. O_o. I just wondering, how para sahabah berperang dalam bulan puasa!

Ulang alik ke rawang ambil masa dalam setengah jam, buat persediaan testing untuk customer. Setakat ni, balik dari kerja je memang tak mandi lagi, lepak-lepak kat masjid Zakaria batu 8, lepas isyak baru mandi.
I think i love my job, sebab dari dulu aku nak kerja yang banyak jalan-jalan. Alhamdulillah. But please don’t forget that you are still in probation period bro. Dan kerja nih bukannya sampai jadi matlamat hidup aku lak. Macam kahwin, opsss.

You know what? Boleh kata hidup ni memang busy. Terpulang pada kita bagaimana nak menguruskannya. Wallahu’alam, sejak dua menjak ni, aku sangat perlukan tenaga yang datangnya dari solat. Selama ni macam, macam, macam...tak tercapai objektif solat. Syeikh Al-Maghamsi kata,” janganlah ditunaikan ibadah tu semata-mata untuk menyelesaikannya, tapi sebagai cara untuk merapatkan diri kepada Allah”. Touching, serius terharu tengok video (click link ni) syeikh tu.

Hubungan sahabat dengan solat sangat-sangat menakjubkan. It is no wonder when there are ikhwah who are able to attend any program quite late, because we always delay our meeting with Allah. Besi karat, dah lama melekat. Kotor-kotor kat mangkuk, dah lama melekat. Takde feel pape pun nak buang kan? “Lek lu”

“Jangan tinggal usrah tau”. InshaAllah!
"Be strong brother!". InshaAllah!
“Borang BM tu, kalau nak submit kat kawasan Gombak ni pun boleh, terpulang kat enta”. InshaAllah!

InshaAllah sepatutnya, dalam keadaan kita dah ADA keputusan nak buat apa dan dalam harapan bergantung pada Allah. Bukannya, tak confirm lagi + bajet nak nampak islamik. Huh? We should be in the best condition of intention and efforts in order to make it, bukannya usaha kecil-kecilan yang tak seberapa.

Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah" ...

(Surah Al-Kahfi, 23-24)


Kita boleh rasa, sama ada orang tu sebut ‘inshaAllah’ untuk betul-betul tunaikan atau main-main. In the end of the day, it is not a reason to scold someone who are not able to make his words. Jadi, inshaAllah! I’ll try to be a better person to help other person become better too.

source: thinkislam.tumblr

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP